Thursday, July 1, 2010

Tik Tok Tik Tok


Cuti final semester semakin sampai ke penghujung, lembaran baru untuk semester yang baru hampir tiba saatnya. Result semester lepas telah diketahui, alhamdulillah, hanya padaNYA rasa kesyukuran dapat dipanjatkan.


Pada saat-saat akhir semester pelbagai dugaan datang menimpa, tetapi syukur kerana diri masih dikurniakan kekuatan untuk terus bertahan. Diakui, diri ini sering terleka dan sering melakukan kesilapan. Hanya kemaafan dapat dipohon dan berjanji tidak akan mengulanginya.


Seperti kebiasaan, bermulanya semester baru, tahun baru atau apa saja yang baru, pasti akan diikuti dengan azam yang baru. Rasanya tiada salahnya untuk berbuat demikian asalkan azam yang dibuat itu akan cuba dicapai sebaiknya dan bukan sekadar janji kosong.


Diri ini juga tidak terkecuali, berazam untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah diperolehi, ingin mengubah sesuatu agar tidak terus kekal ditakuk lama dan akan cuba sedayanya untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. InsyaALLAH.


Kepada semua sahabat dan rakan seperjuangan, moga semester baru yang bakal menjelma ini akan diwarnai dengan keriangan dan kejayaan dan semoga persahabatan kita akan terus mekar. Ameen...


nota kaki: bukan mudah untuk mencapai impian andai tidak kemahuan...