Saturday, November 13, 2010

~ let's njOy...!! ~


Alhamdulillah...11 November 2010, merupakan hari terakhir ngadap paper final...huhu...opsss...untuk sem ni je...next sem, jumpa lg..huahuahua... Setelah abish ngadap 4 dugaan besar (pergh..cm ter0k sgt je kn bunyinye..hihihi), takdelah...s0 far, utk 4 paper final yg telah selesai dijawab (wlpn de yg jwpnnye nth pe2), wut i can say is, i've tried my besh, sekarang hanya mampu berserah, bertawakal & berd0a pd yang Maha Agung...FULLST0P


Sekarang, let's talk b0ut final sem break...well, cuti ni, tak rancang pe2, sbb ramai lak my kezen yg kawen...0leh yg demikian I malas nk plan lebey2, kang tak jalan, FRUST sendri..huhuhuhu...



Hmmm...tamat sem ni..maka tamatlah kisah suka duka yg berlaku sepanjang sem ni... perit sakit pedih suka tawa ria...sumer ade..cam kata 0pah...MACAM MACAM ADA...tp sume tuh yg menjadikan id0p lebey 'berperisa'...takdelah tawar je... Pe yg mampu diharapkan agar sem yg mendatang adalag lebey baek dari pe yg nah dihadapi...ameen...


nota kaki: id0p tak semestinya selalu indah...

Wednesday, October 27, 2010

m.a.r.a.t.h.o.n.4.x.1


Jangan terkej0t dgn taj0k di atas... Pr0pa je... Takde maknanya I nk j0in marath0n...haha... But still, de la kaitan sikit2 dgn marath0n...just marath0n yg ni tak memerlukan I utk mempunyai stamina yg kuat..hahaha...


Oleh sbb I ni mmg senget...hahaha...bknnya jln bengk0k, b0ngk0k atau yg sejenis dgnnya...tp I ske wt keje yg agak mereng sket...s0 dibantu dgn gf I yg sama senget...lalu we oLs pn membuatlah marath0n pd hari sabtu lepas bersamaan 23rd Oct 2010... I n0e...dah lame berlalu tarikh tuh tp ik0t ske I la kn..? hihi...sje nk share...sharing is caring kn..?



Dari tadi tak juga menti0n marath0n apakah yg kte0wg buatkan..? Saja nk buat gempak...hahaha... Marath0n yg I maksudkn adalah...bunyi drum sket...*bygkn jela* teng0k 4 muvee dlm 1 hari direct...rest takat half an h0ur..hahahah..nseb la x melet0p 0tak..but ciusly..fun gile...lg2 klw muvee ny besh...


nota kaki: l0oking f0rward utk buat lg...hahaha...

Exam Kembali


Sedar tak sedar, sumer student's UiTM kembali mengadap kertas final exam termas0klah I... Ciusly...diz sem rasa byk giler dugaan yang menduga...tp takpe...biasalah tuh...id0p tanpa dugaan takde thrillernya..hikhikhik...


Apa pun, hari ni merupakan 1st final paper I...1 d0wn 3 m0re t0 g0...huhuh... Semalam punyalah payah ben0 nak tid0...macam tak biasa ngadap kertas final... But I was s0 lucky sbb still dapat f0kus tiMe menjawab...


Now tgh menunggu m0od utk study f0r the next paper..huhuh... NeX paper, I tak dapat apa2 cLu mybbkan kemalasan makin meningkat...hahaha... Btw...besh wishes tO oL...


nota kaki: chaiy0k qeen..!!!!

Monday, October 18, 2010

Semalam yang telah H.I.L.A.N.G


Pernah tak u'oL t'fikir klw la dpt d undurkan masa yg tlh b'lalu, betapa u'oL mahukan perkara e2 utk t'jadi? I yakin yg u'oL nah atau myb slalu pk pn ttg tuh kn...tp fitrah alam, masa yg tlh b'lalu tak mgkin dpt d putarkn kembali...


Ciuly, diz sem mmg byk dugaan... Paling 0bvi0us dlm hal pshbtn...mcm-mcm hal yg b'laku...& it iz oLwez sbb mslh yg sama...P.E.N.A.T...!!!


I n0e da fact is I tak ley nk ulang kembali masa yg tlh b'lalu...tp I ttp mencuba utk kembali kegembiraan dlm pshbtn yg tlh t'jalin...tapi...hanya yg mampu d lakukan skg, b'd0a bhwa I akn btemu 1 jalan pnyelesaian yg tbaik buat kami...

Thursday, September 23, 2010

~ s.y.a.w.a.l ~



Syawal dah lama menjelma. Hari ni dah mas0k raya yg ke-14. Mostly, dah 2 weeks raya disambut. This year, our family have ch0ose mar0on as 0ur theme color f0r this year punye baju raya.


Like oLwez, my auntie family will celebrate raya with us. Wut makes this raya special because my abg and his family als0 celebrate raya with us. Sambutan raya sama seperti raya-raya yg lepas. Just this year, tak sempat nak buat 0pen h0use sbb agak sibuk plus my c0usin kawen pd 3rd raya.



Apapun, h0pe still tak terlewat nak wish, epi eid mubarak t0 oL muslims. Wish this Syawal akan membawa kebahagiaan, keimanan, ketaqwaan, kesyukuran & kesihatan yang baek buat kita semua.


nota kaki: masih mengumpul duet raya...hehe...

Thursday, September 2, 2010

Mengharapkan yang TERBAEK



Pernah tak rasa pada suatu saat, u juz dunn0 wut exactly u wan in ur life...have u ever been in dat m0ment...? Ciusly, it iz really c0nfusing... Lagi memeritkan bile cara kita disalah tafsir...


Susah nak puaskan hati 0rang sbb setiap orang ada keinginan yg berbeza, ada pendapat yg berlainan... Walau apapun keputusan yg diambil, f0r sure, never cr0ss in mind untuk maenkan perasaan sesiapa... Sbb tahu bagaimana rasanya ditipu, dipermaenkan... Tapi semua tuh adalah hak masing-masing... Kita tak b0leh nk pakse 0rang untuk meletakkan pandangan p0sitif semata pada diri kita...

nota kaki: sentiasa berd0a agar diberikan kekuatan untuk harungi dugaan...

Friday, August 27, 2010

2 in 1




Walaupun dah hampir sebulan berlalu, tapi ini merupakan pengalaman pertama sambut ulang tahun kelahiran (aug,12) secara bersendirian... Alangkah pilu rasa hati... Malah tahun ini juga merupakan tahun pertama menyambut dan berpuasa secara sendirian... Dugaan...


Tapi Alhamdulillah, rasa amat terharu dan bersyukur sebab time berbuka pada 12 Aug tuh, Ikynz, sahabat baek yang sama giler dan senget sanggup luangkan masa untuk berbuka bersama + sambut my bezday...


Tapi walau sejauh mana kuberada, alhamdulillah, diriku masih diingati, malah pada hari ulang tahun kelahiran, diriku telah menerima kad yang telah dikirimkan oleh ibubapa dan angahku...terima kasih, luv u'oll...


nota kaki: bersyukur pada Illahi kerana telah dipanjangkan umur sehingga ke saat ini...m0ga hari2 yang mendatang menjanjikan lebey baek dari sebelumnya, I'ALLAH...

s.u.p.e.r.b.i.k.e


Semalam (aug,26,2010) merupakan pengalaman pertama naik super bike... Yeah, i used to ride a motorcycle and i even have scooter but there is a HUGE different between a 125cc scooter or 135cc motorcycle with 600cc super bike...


Ciusly, it wuz AWESOME... Even at first, i d0 felt a lil' bit neves, but i manage t0 handle the neves and it turns t0 be FUN... Thanx t0 my fren, f0r the willingnez t0 take me f0r a ride...


nota kaki: mak...nk bli super bike ley x...? hehe..

Monday, August 23, 2010

s.a.h.a.b.a.t


Bayangkan kehidupan kita tanpa seseorang yang bergelar SAHABAT...bagaimana agaknya kehidupan kita...? Memang kita punya keluarga...tapi adakah sama nilai dan perhubungan yang berlangsung itu dengan seseorang yang bergelar sahabat kalau dibandingkan keluarga...? Memang keluarga adalah mereka yang paling dekat dengan kita namun berapa ramai yang selalu berkongsi masalah dengan keluarga...? Berkongsi cerita tentang hati dan perasan...? Tentang siapa yang kita suka...bergosip...secret admire kita...dan berbagai kisah lagi... Kebanyakkan di kalangan kita lebih gemar malah memang telah menjadikan sahabat sebagai tempat meluahkan perasan... Mungkin ada yang akan menyangkal pendapat ini, tapi ini adalah sekadar pandangan, tiada siapa yang dipaksa untuk bersetuju...


Meluahkan perasan bukan bermakna kita membebankan sahabat kita dengan masalah yang kita hadapi...tapi meluahkan perasan adalah untuk berkongsi apa yang dirasai... Seorang sahabat yang benar-benar ikhlas untuk menjadi sahabat kita pasti takkan pernah rasa yang luahan itu satu bebanan...takkan pernah menganggap luahan itu sebagai satu masalah... Seorang sahabat PASTI akan sanggup meminjamkan telinganya untuk mendengar luahan hati kita, PASTI rela meminjamkan bahunya untuk kita sandarkan diri bila berduka, PASTI sentiasa menegur kita andai kita tersilap langkah, yang SENTIASA ada bila diperlukan, itulah SAHABAT...


nota kaki: once a friend, i promise, it will remain forever...insyaALLAH

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Menjelma Kembali


Bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberikan sekali lagi peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan dan keredhaan. Dalam kesyukuran dan kegembiraan menyambut ramadhan, terselit rasa syahdu dan kerinduan buat keluarga yang jauh di mata. Apatah lagi ramadhan kali ini adalah buat pertama kalinya disambut secara bersendirian.


Didoakan semoga ramadhan kali ini akan membawa 1001 keberkatan, sinar keredhaan dan cahaya keimaman dan ketaqwaan buat semua umat Islam tidak kira di mana sekalipun mereka berada...ameen...

Thursday, July 1, 2010

Tik Tok Tik Tok


Cuti final semester semakin sampai ke penghujung, lembaran baru untuk semester yang baru hampir tiba saatnya. Result semester lepas telah diketahui, alhamdulillah, hanya padaNYA rasa kesyukuran dapat dipanjatkan.


Pada saat-saat akhir semester pelbagai dugaan datang menimpa, tetapi syukur kerana diri masih dikurniakan kekuatan untuk terus bertahan. Diakui, diri ini sering terleka dan sering melakukan kesilapan. Hanya kemaafan dapat dipohon dan berjanji tidak akan mengulanginya.


Seperti kebiasaan, bermulanya semester baru, tahun baru atau apa saja yang baru, pasti akan diikuti dengan azam yang baru. Rasanya tiada salahnya untuk berbuat demikian asalkan azam yang dibuat itu akan cuba dicapai sebaiknya dan bukan sekadar janji kosong.


Diri ini juga tidak terkecuali, berazam untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah diperolehi, ingin mengubah sesuatu agar tidak terus kekal ditakuk lama dan akan cuba sedayanya untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. InsyaALLAH.


Kepada semua sahabat dan rakan seperjuangan, moga semester baru yang bakal menjelma ini akan diwarnai dengan keriangan dan kejayaan dan semoga persahabatan kita akan terus mekar. Ameen...


nota kaki: bukan mudah untuk mencapai impian andai tidak kemahuan...

Tuesday, April 27, 2010

Terima Kasih


Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa gembira dan bersyukur rasa hati apabila menerima kedatangan ibu dari Kedah semata-mata demi untuk anaknya yang tidak dapat pulang ke rumah kerana bakal menghadapi peperiksaan. Hanya yang mampu diucap.....
TERIMA KASIH MAK...SAYANG MAK...

Thursday, April 8, 2010

Perlukan Kekuatan


...STRESS...
Semakin dekat hari nak exam, semakin stress id0p... semakin nak abish sem, semakin banyak assign nk kena buat. Baru sedar betapa banyaknya assign yang pending, yg menanti utk dibuat.


Pengalaman nk buat assign yg x dpt dilupakan bile kne g smp ke library kL semata-mata nk cri buku rujukan... AZAB... Trase nk give-up je... Tp kne g0 0n gak... byk hrpn yg digalas...impian yg dicipta...


Alhamdulillah, msih dpt s0k0ngan dr kwn2 yg byk mbantu. Yg dpt mberikan kerjasama yg baik wlpn tiada perancangan utk ke library kL. Perancangan secara tiba-tiba.


nota kaki: harus terus kuatkan semangat...

Monday, March 29, 2010

Detik Semakin Hampir


Tik tok tik tok... Masa berlalu pantas. Detik yang menggerunkan semakin hampir. FINAL EXAM akan tiba tidak lama lagi. Sedangkan assignment masih bertimbun. Adakah diriku sudah bersedia?


Jujur. Buat pertama kali untuk menghadapi peperiksaan akhir di UiTM agak menakutkan. Sememangnya diriku mempunyai pengalaman untuk berdepan dengan peperiksaan akhir sewaktu menuntut di KUIS. Namun oleh kerana berbeza kaedah dan car pembelajaran, maka sedikit sebanyak timbul rasa khuatir dan risau di dalam diri.


Walau apa pun yang terjadi, tetap harus memberikan yang terbaik. Untuk masa depan sendiri. Biar permulaan yang pertama memberikan hasil yang terbaik. Perlu kuatkan fizikal dan mental untuk menghadapi saat-saat genting. Tidak boleh berputus asa sebelum mencuba. Tidak boleh mengalah sebelum berjuang.


nota kaki: mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan seperjuangan...

Sunday, March 28, 2010

Pandangan Mata Manusia


Tajam. Sinis. Serong. Merupakan antara jenis pandangan yang sering digunakan oleh manusia. Dari pandangan mata seseorang, kita mungkin dapat menilai dan menafsir apa yang difikirkan oleh mereka. Berada di dalam kenderaan awam seperti KTM, membolehkan kita melihat pelbagai ragam manusia, pelbagai aksi mereka yang bergelar manusia.


Apa yang kita rasa andai kita diperhatikan oleh seseorang yang tidak kita kenali dengan pandangan yang tajam? Diperhatikan dengan sorotan mata yang sinis? Mesti dan pasti kita akan merasa tidak selesa. Dan bayangkan kalau pada ketika kita diperhatikan itu, kita adalah mereka yang merupakan dari golongan orang kurang upaya (OKU)...apa perasaan anda?


Pastinya, kita akan terasa kita dipandang hina kerana kekurangan diri kita, kerana kecacatan kita. Maaf andai mungkin kasar ayatnya. Tetapi itulah yang dirasai oleh mereka yang kurang sempurna anggota badannya berbanding kita.


Mereka tidak meminta dilahirkan dalam keadaan sedemikian. Namun mereka juga tidak meminta untuk menerima pandangan yang seakan dikriminasi dari kita. Walaupun mereka kurang sempurna, mereka cacat anggota, tapi mereka tetap manusia biasa yang miliki hati dan perasaan.


Kita dan mereka adalah sama. Kita dan mereka adalah serupa. Kita dan mereka tetap manusia. Layanlah mereka, pandanglah mereka, terimalah mereka seadanya. Mereka hanya insan biasa yang lahir dimuka bumi Allah ini untuk mencari keredhaanNya.


nota kaki: teringat lagu "kita serupa"....

Thursday, March 25, 2010

Rindukan Belaiannya


Hidup sebagai perantau, jauh dari keluarga, memang amat memilukan. Lebih-lebih lagi kalau kita mempunyai hubungan rapat sesama ahli keluarga terutamanya, dengan ibu bapa.


Saya sendiri amat rapat dengan ibu bapa saya kerana selain saya merupakan anak bongsu dalam keluarga, bilangan adik-beradik yang seramai tiga orang sahaja membuatkan saya turut rapat dengan kakak dan abang saya.


Bukan tidak biasa hidup berjauhan dengan keluarga, kerana ketika melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dahulu pun telah hidup berjauhan dengan keluarga yang ketika itu baru berpindah ke Kedah sebaik sahaja lepas sebulan saya mendaftarkan diri belajar di KUIS.


Mujur hidup di hostel bersama sahabat-sahabat bilik, sedikit sebanyak mampu mengurangkan kerinduan yang selalu hadir dalam diri. Kini masih sama seperti dahulu, hidup berjauhan dengan keluarga, bergelar perantauan dalam mengejar ilmu demi mencapai cita-cita dan impian untuk membalas kembali jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa.


Semoga diri dan juga sahabat-sahabat yang lain, yang turut merasakan hidup sebagai perantauan, akan terus kuat, tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan dan ujian. Semoga kita semua akan berjaya.


nota kaki: kerinduan bertambah mendengarkan lagu nyanyian Aris Ariwatan, 1234...

Halalkah...?



Berbicara tentang soal makan, ia bukan satu perkara yang rumit jika kita berada di Malaysia berbanding negara lain. Kita pasti dapat menikmati makanan yang kita ingini dengan mudah tanpa perlu bersusah payah.


Tapi itu dulu. Sekarang situasinya agak berbeza. Di mana, walaupun kita berada di Malaysia, kita tetap perlu berhati-hati bila berbicara tentang soal makanan. Bukan kerana kepayahan untuk mendapatkannya. Bukan kerana kesukaran untuk mencarinya. Tetapi kemusykilan tentang status halalnya.


Walaupun terpamer besar logo halal di mana-mana restoran, kedai makan ataupun apa-apa sahaja barang makanan yang ingin kita makan, kita perlu terlebih dahulu memastikan bahawa status halalnya adalah benar-benar halal dan tidak mendatangkan keraguan pada kita.


Berita tentang satu restoran yang mempamerkan logo halal tetapi malangnya mereka yang bekerja di sana bukan beragama Islam, bahkan yang beragama Islam pun tidak tahu mengucap dua kalimah Syahadah amat menggemparkan kita. Sedangkan restoran yang terpamer tanda halal pun belum tentu halal, apatah lagi kalau yang tidak.


Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, setiap kali kita ingin membeli makanan di restoran, kedai makan, perkara pertama yang perlu dititik beratkan adalah persoalan, "adakah makanan itu halal". Kalau ingin membeli produk makanan yang dijual di kedai runcit, pasaraya ataupun di mana-mana sahaja, perhatikan logo dan bahan yang di gunakan dalam penghasilan produk tersebut. Kaedah lain, kita boleh layari laman sesawang www.halal.gov.my.


nota kaki: risau setiap kali ingin membeli makanan...

Wednesday, March 24, 2010

Keduanya Sama


Antara persahabatan dan percintaan, yang mana lebih penting...? Jika ditanya soalan itu pada orang ramai, pastinya setiap individu yang ditanya mempunyai pandangan dan jawapan yang berbeza.


Bagi sesetengah individu, tanpa hubungan percintaan, kehidupan masih dapat dijalani dengan gembira dengan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama. Kehidupan bujang adalah lebih senang untuk dilalui tanpa perlu memikirkan tentang insan yang bergelar kekasih.


Namun, berbeza pula dengan sesetengah yang lain, yang mana amat mendambakan kehadiran sang pencinta merasakan hidup belum cukup sempurna tanpa kekasih. Kerana kedudukan kekasih adalah lebih dekat berbanding sahabat.


Tidak kiralah apa pun pendapat yang diutarakan, secara umumnya, kedua perhubungan tersebut mempunyai kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza namun kehadiran keduanya sangat penting pada seseorang.


Maka, sama ada kita memilih untuk mempunyai kekasih ataupun memilih untuk bujang, kehidupan sebagai seorang insan tetap perlu diteruskan. Tidak mempunyai kekasih tidak bermakna hidup kita tidak lengkap, dan mempunyai kekasih bukan beerti kita mempunyai lesen untuk melakukan sesuatu diluar batasan kehidupan lebih-lebih lagi sebagai umat Islam.


nota kaki: jaga diri hiasi peribadi...

Tuesday, March 23, 2010

Hiduplah Dengan Kesyukuran


Hidup kadang kala amat rumit untuk difahami. Amat sukar untuk dimengerti. Dugaan dan cabaran silih berganti.


Namun itu bukan alasan untuk berputus asa. Bukan alasan untuk berundur diri. Kerana hidup tanpa dugaan, tanpa halangan, tanpa cabaran hanya akan menjadikan hidup kita biasa-biasa sahaja. Dugaan itulah yang menjadikan kita kuat. Cabaran itulah yang membuatkan kita tabah. Halangan itulah yang menbentuk jati diri kita.


Percaya atau tidak, semakin banyak halangan yang kita tempuhi, semakin kita lebih menghargai kehidupan kita. Semakin besar cabaran dan dugaan kita, semakin kuat kita untuk menempuhi hari mendatang.


Tekanan yang kita hadapi hadir dalam pelbagai bentuk, pelbagai cara. Sama ada secara mental mahupun fizikal. Tapi percayalah setiap ujian yang Allah swt turunkan kepada kita adalah bersesuaian dengan kemampuan kita sebagai umat-Nya. Allah swt tidak akan menyeksa kita untuk berdepan dengan dugaan yang tidak mampu kita tanggung.


Bersyukurlah sekurang-kurangnya, kita masih mampu untuk bertemu dengan hari ini, masih boleh beramal pada hari ini dan masih berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang kita sayangi. Kita mungkin tidak sekaya orang lain, mungkin tidak sepandai orang lain, mungkin tidak sehebat orang lain, mungkin kita bukan siapa-siapa. Tetapi yakinlah bahawa setiap makhluk yang diciptakan-Nya memiliki kehebatan, keistimewaan tersendiri.


Segala yang berlaku di dunia ini, yang berlaku pada diri kita, secara sedar atau tidak, mempunyai hikmah disebalik setiap kejadian. Maka sebagai hamba-Nya, yang beragama Islam, dalam menghadapi dugaan, ujian, halangan, cabaran haruslah di tempuhi dan dihadapi dengan penuh kesabaran, dan dengan penuh istiqamah. Dan jangan pernah sekali menyalahkan takdir kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Akhirnya Ke Tali Gantung


22 Mac 2010. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Walaupun selicik mana si pembunuh membawa cerita, namun akhirnya, tetap dijatuhi hukuman gantung.


Jikalau anda ada membaca blog post saya yang bertajuk "Pengalaman Pertama" yang mengisahkan tentang pengalaman saya mendengar kes perbicaraan, maka kali ini, saya akan membuat hujah penggulungan tentang salah satu kes.


OKT, iaitu Orang Kena Tuduh, Shahrul Nizam Mohd. Shah, 38, merupakan seorang penjaga stor, cuba menutup perbuatan jenayah dengan berpura-pura dipaksa minum racun selepas teman wanitanya, Nurul Hazira Bharum, 26, yang juga penjaga stor, dikatakan melakukan perkara yang sama seminggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dua tahun lalu.


Walaubagaimanapun, kisah merpati dua sejoli cuba membunuh diri bak kisah Romeo dan Juliet itu bagaimanapun terbongkar apabila hasil bedah siasat mendapati sebenarnya Nurul Hazira mati kerana lemas akibat dicekik menggunakan sehelai tudung.


Akibat perasaan cemburu apabila mengetahui bahawa mangsa akan berkahwin dengan orang lain, tertuduh sanggup membunuh kerana tidak mahu membenarkan mangsa untuk berkahwin dengan jejaka lain. Akhirnya, tindakan tertuduh membawa padah pada diri sendiri apabila tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki, setelah mendapati pembelaan tertuduh hanya keterangan tokok tambah serta gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes tersebut.


''Tiada keterangan yang menunjukkan mangsa sebelum kejadian hendak membunuh diri dan semua saksi seperti ibu bapa, rakan sekerja dan tunang mangsa tidak menyatakan sedemikian. Kedudukan mangsa yang baring tidak konsisten dengan perbuatan minum racun sendiri," kata Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.


''Keterangan jiran tertuduh bahawa tertuduh datang ke rumahnya dan minta bantuan dengan memberitahu bahawa 'orang rumahnya' (mangsa) sudah minum racun tidak konsisten dengan dakwaan tertuduh mengenai rancangan dia dan teman wanitanya ingin membunuh diri,'' katanya.


Shahrul Nizam disabitkan atas tuduhan membunuh Nurul Hazira di rumahnya di Lot 2584-1, Batu 19, Kampung Gombak, Kuang, Rawang antara pukul 9 dan 10 pagi, 7 Oktober 2008, dijatuhkan hukaman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


nota kaki: sumber utama > UTUSAN MALAYSIA ONLINE...

Monday, March 22, 2010

Hilangnya Sifat Kemanusiaan



Isu pembuangan bayi semakin hangat diperkatakan. Tak kira di mana, tempat pembuangan sampah, tandas awam, dalam longkang, sehingga ada yang sanggup membakar bayi di dalam tong sampah.


Terbaru seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui basah kuyup dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Apa yang membezakan kisah bayi ini dengan kisah pembuangan bayi yang lain, adalah bayi ini masih lagi bernyawa dan bernafas ketika ditemui walaupun dalam keadaan yang sangat lemah.


Betapa kuatnya semangat juang seorang anak kecil untuk teruskan hidup walaupun mereka masih tidak mengetahui betapa besarnya dugaan dunia yang bakal ditempuhi nanti.


Tetapi tujuan blog ini ditulis bukan untuk menceritakan tentang cabaran dunia, sebaliknya tentang sifat manusia yang lebih "kebinatangan" berbanding binatang sendiri. Maaf andai terkasar pemilihan bahasa, namun itulah hakikat yang harus ditelan.





Kemanakah menghilangnya sifat kemanusiaan manusia itu sendiri? Kemana lesapnya nilai kemanusiaan makhluk yang bergelar manusia itu sendiri? Apakah disebabkan kemajuan yang kita hadapi membuatkan kita semakin lupa tentang pentingnya sifat dan nilai kemanusiaan itu? Adakah bayi yang dikandung selama hampir sembilan bulan itu tidak mempunyai nilai dan harga sehingga boleh dibuang sesuka hati? Fikirkanlah...


nota kaki: moga akan wujud kesedaran di hati mereka yang bertopengkan syaitan ini..

Movie Review



Filem ini secara asasnya merupakan satu filem yang boleh diklasifikasikan sebagai sebuah filem seram dan turut menguji keberanian mental seseorang. Berdasarkan tajuk, pasti ramai audien termasuk saya yang mengandaikan bahawa filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang anak angkat dalam membiasakan diri untuk hidup bersama keluarga angkatnya.


Permulaan cerita arahan Jaume Collet-Serra agak membosankan yang mana ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang berkeinginan sebuah keluarga, Kate dan John, untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka dengan mengambil seorang anak angkat. Tapi pada pertengahan cerita, persepsi yang muncul pada permulaan cerita ini berubah apabila jalan ceritanya semakin menarik dan mula menonjolkan aksi-aksi suspen yang tidak keterlaluan tetapi masih mampu membuatkan penonton tidak senang duduk dan terkejut.


Umumnya watak utama cerita ini adalah Esther, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun yang tinggal di rumah anak yatim. Nasib dia berubah apabila dia diambil menjadi anak angkat kepada Kate dan John, yang tidak mengetahui disebalik rupa Esther yang seperti bidadari tersimpan satu identiti rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa walaupun mereka yang berkerja dirumah anak yatim terbabit.


Apabila Kate menyedari ada sesuatu yang kena pada Esther, dia cuba untuk memberitahu kepada John, suaminya tetapi apa yang disampaikan Kate, tidak dipercayai suaminya. Anak-anak kepada Kate dan John, iaitu Danial dan Max, turut di ugut oleh Esther untuk tidak merahsiakan apa yang telah dilakukan oleh dia. Malah Danial telah dibunuh oleh Esther ketika dia cuba untuk membongkar rahsia Esther.


Klimaks cerita ini adalah apabila Esther cuba menggoda ayah angkatnya, John tetapi John tidak melayannya sebaliknya memarahi Esther. Akibat kecewa, Esther telah bertukar kepada personaliti dirinya yang sebenar, iaitu seorang wanita yang berusia 33 tahun, Leena Klammer, yang mempunyai masalah tumbesaran badan yang menyebabkan dia kelihatan seperti kanak-kanak. Lebih membahayakan keadaan adalah kerana Esther merupakan salah seorang pesakit mental yang psiko yang amat berbahaya.


Filem ini patut ditontoni oleh mereka yang gemarkan filem yang berunsurkan suspen dan seram yang tidak keterlaluan. Walaupun terdapat babak-babak yang mungkin tidak sepatutnya ada, namun, secara keseluruhannya, tidak rugi untuk menonton filem ini.


nota kaki: masih terbayang kekejaman Esther...

Tuesday, March 16, 2010

Masih Gelabah


16 Mac. Pertama kali membuat ucapan di hadapan rakan-rakan sekelas. Gelabah. Takut. Risau. Semua ada. Bercampur baur.


Sebelum sampai giliran, timbul rasa yakin untuk buat yang terbaik, tetapi hampir tiba giliran, rasa gelabah mula timbul. Keadaan itu makin menjadi-jadi apabila melihat rakan yang membuat ucapan lebih awal melakukan dengan sangat baik.


Akui kelemahan diri yang mudah gelabah walaupun sudah mencuba untuk mengurangkan sifat itu. Berpuas hati dengan markah yang diperolehi kerana sedar akan kesilapan diri. Walau apapun, tetap bersyukur.


nota kaki: akan cuba yang terbaik di lain masa...

Monday, March 15, 2010

Pengalaman Pertama


12 Mac merupakan hari yang tidak mungkin dilupakan. Pada hari tersebut merupakan julung-julung kalinya memijak kaki ke makhamah. Bukan sekadar berlegar-legar di sana tetapi turut sama mendengar perbicaraan kes yang sedang berlangsung.


Pada hari tersebut, bersama dengan tiga orang rakan yang lain, kami telah mendengar dua kes perbicaraan berkaitan dengan pembunuhan di Makhamah Tinggi Jenayah.


Salah satu kes yang kami dengar adalah kes yang berkaitan dengan pembunuhan seorang pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani, yang telah mendapat liputan dari akhbar tempatan. Manakala kes yang kedua adalah berkaitan dengan pembunuhan yang berkemungkinan besar disebabkan rasa cemburu. Kedua-dua kes masih lagi dalam perbicaraan dan sedang menunggu keputusan akhir dari hakim.


Walau apa pun, pengalaman berdepan dengan penjenayah (orang yang dituduh) adalah saat yang tidak dapat dilupakan apatah lagi apabila ditenung oleh mereka.


nota kaki: perlu keberanian untuk cover story berkaitan dengan jenayah...

Friday, March 5, 2010

Tolerance: To Be Or Not To Be...


A few days ago, I had attend one talk about "Toleransi Melayu" that been held at Hotel UiTM. There are a lot of issues that has been discussed. From the topic about the tolerance of Malay people to the topic about 1 Malaysia.


I don’t want to talk about what had been said during that day, but I just wondering if the tolerance attitude still exist now in every person heart.


What did I understood from the word tolerance? As far as I know, it means “give and take” or in Bahasa means “bertolak-ansur".


Have we been tolerance enough to others? Our family..? Friends..? People around us..? Or we have been too tolerance that has allowed people to make use of us? Think wisely.


Nota kaki: there is limit for us to be tolerance person...

Sunday, February 28, 2010

Sang Juara


28 Feb.- Merupakan hari terakhir pertandingan PERSAK 2010. Acara yang bermula pada hari Sabtu di tasik seksyen 7, Shah Alam. Acara jalan lasak, berbasikal dan berkayak telah di jalan pada hari tersebut. Manakala pada hari Ahad, acara larian kompas telah di jalankan.


Saya bersama rakan-rakan sepasukan telah mewakili kompeni F untuk fakulti Masscom. Walaupun kalah dalam acara yang dipertandingkan, namun kami berbangga kerana kami telah dapat menyelesaikan tugasan dan disiplin yang diberikan dengan sebaiknya.


Dari pertandingan yang kami sertai ini telah memberikan kami satu semangat berkerjasama sebagai satu pasukan. Bukan hadiah yang paling utama, tetapi bagaimana kami berdepan dengan tekanan untuk menyempurnakan tugasan dalam masa yang diberikan. Bagi kami, KAMILAH JUARA...


nota kaki: masscom boleh...!!!

Thursday, February 25, 2010

Tekala Menggamit Kenangan



Buat pertama kali selepas hampir enam bulan tidak bertemu, Tekala menjadi titik pertemuan yang akan meninggalkan kenangan manis. Perjumpaan yang diadakan untuk semua bekas pelajar Diploma Komunikasi Batch 2006 telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.


Masjid Wilayah Kuala Lumpur menjadi tempat berkumpul bagi mereka yang datang dari sekitar Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam sebelum bergerak menuju ke destinasi yang dirancang.


Walaupun dengan kehadiran bekas pelajar yang tidak begitu ramai, namun, kemeriahan tetap dirasai. Tidak dinafikan ada kekurangan, tetapi ia bukan penghalang buat kami untuk berseronok pada hari tersebut.


nota kaki: kenangan terindah...

Thursday, February 11, 2010

Cuti Oh Cuti


Bermula 12 Feb (bagi mereka yang tiada kelas pada hari Jumaat atau mungkin lebih awal dari tarikh ini) sehingga 21 Feb merupakan tarikh cuti pertengahan semester. Merupakan waktu yang dinantikan oleh hampir majoriti warga UiTM.


Keadaan di UiTM semakin lenggang menjelang petang (pada pemerhatian aku) kerana sudah ada pelajar yang telah pulang ke kampung a.k.a rumah masing-masing (termasuk kawan baikku - izan - yang telah bertolak balik ke Perlis seawal pukul 2 petang tadi).


Tetapi adakah cuti itu benar-benar boleh dipanggil cuti andainya terdapat assignment yang perlu disiapkan...? Cutikah itu...? Aku redha andai sememangnya inilah ketentuan yang perlu aku hadapi sebagai pelajar. Andai ini yang difikirkan oleh para pensyarah bahawa ini yang terbaik, akan kuhadapinya dengan tabah. Huhuhuhu...


nota kaki : apa-apa pun kepada semua kawan-kawanku, semoga menikmati cuti dengan sebaiknya...

Friday, February 5, 2010

Kesatria Negara

BERKAWAD...? BERLARI...? LOMPAT BINTANG...? DIMAKI HAMUN...?
Kalau anda gemarkan kesemua perkara di atas atau mungkin salah satu daripadanya, anda seharusnya menyertai Kesatria Negara.


Itulah yang aku kena buat setiap hari Sabtu. Acara kokurikulum yang WAJIB dilakukan. KELAKAR rasanya bila kena menghadap benda-benda ini balik. Ingatkan time diploma sahaja, alih-alih masuk degree tetap kena hadap lagi. Mentang-mentanglah aku dari IPTS, tak boleh nak buat transfer kredit untuk kokurikulum. TAK ADIL...!!!


Dalam minggu ini sampai ke beberapa minggu yang seterusnya, ada pula latihan KESAT (panggilan MANJA untuk Kesatria Negara) time malam. Latihan malam bukan untuk kawad tapi untuk latihan PERSAK (tak sure it stand for what tapi it kind a same like ironman punya competition and agak lasak). Dari pukul 0830 - 1030 malam. PENAT.


Luckly this thing salah satu perkara yang diwajibkan oleh pihak UiTM. Kalau tidak, for sure, aku takkan DERA diriku dengan merajinkan diri untuk hadir this kind a stuff. Hahahaha.


nota kaki : aktiviti yang menyihatkan...?

Thursday, February 4, 2010

Different People, Different Style


As NORMAL human being, we can't expect others to be exactly like we want. Setiap orang punya CARA yang tersendiri. Setiap orang punya GAYA yang tertentu.


BAYANGKAN seandainya, semua orang yang wujud di dunia ini, punya gaya dan cara yang sama, HOW the world will be like...? DULL is the correct word to express it. The variety of people di dunia ini yang menjadikan dunia lebih MENARIK.


Same goes with the lecturer of your class. If all the lecturer use the same technic of teaching, proses pembelajaran akan jadi sama sahaja. Tak dinafikan, sesetengah lecturer menggunakan cara pembelajaran yang agak MEMBOSANKAN. Namun andai itu yang dirasakan oleh mereka (lecturer) bahawa kaedah itu adalah yang TERBAIK, kita tetap perlu HADAPINYA.


Kita harus berterima kasih kepada mereka di atas ILMU yang diberikan kepada kita. Walau sekuat manapun kita TIDAK SUKAKAN seseorang lecturer itu, kita jangan sampai membencinya. (Ahmad Faisal Mohd Piah, 3.55pm, 2010)


nota kaki : hormati lecturer sama seperti hormat parents...

Monday, February 1, 2010

AGM Journalism 2010


1 Feb. - Mesyuarat pertama yang berlangsung di Dewan Kuliah 2 telah mengumpulkan hampir kesemua pelajar jurusan kewartawanan dari semester satu sehingga semester lima. Mesyuarat yang bermula tepat pukul 1 tengahari itu adalah bertujuan untuk mencari calon bagi mengisi kekosongan jawatan bagi Kelab Kewartawanan (JC).


Sebelum kekosongan jawatan diisi semula oleh calon baru, Penasihat JC, Encik Faisal Bin Mohd Piah telah secara rasminya membubar jawatankuasa JC yang terdahulu. Antara jawatan yang telah diisi semula ialah Pengerusi Kelab, Bendahari, Ajk bagi setiap semester.


nota kaki : harap jawatankuasa baru akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya...

Saturday, January 30, 2010

Kematian : Satu Keabadian


KEMATIAN


Merupakan satu perkara yang pasti akan ditempuhi setiap mahkluk yang BERNAFAS dan yang BERNYAWA di muka bumi ini.


Firman Allah swt..

"Dia yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian Dia keluarkan kamu menjadi anak-anak, kemudian kamu sampai dewasa, kemudian kamu menjadi orang tua. Dan diantara kamu ada orang yang diwafatkan sebelum itu dan supaya kamu sampai kepada ajal (waktu) yang ditentukan, mudah-mudahan kamu memikirkannya"
(Surah al-Mu'min, ayat 67)


Kematian sememangnya boleh berlaku dalam pelbagai keadaan dan keadaan. Kematian tidak mengira UMUR, tidak mengira PANGKAT, tidak mengira KETURUNAN. Kematian telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta iaitu Allah swt. Kematian telah ditetapkan oleh Allah swt sejak azali lagi.


Sebagai umat ISLAM, kita tidak seharusnya gentar menghadapi kematian kerana kita sudah diberi peringatan bahawa satu hari nanti, apabila tiba waktunya, kita akan dijemput untuk ditimbang segala amalan PAHALA dan DOSA. Kematian itu satu KEPASTIAN.


nota kaki : masih perlu tingkatkan amalan....

Thursday, January 28, 2010

Pilihan Raya Kampus UiTM Shah Alam


28 Jan. - Satu pilihan raya kampus telah berlangsung yang melibatkan semua fakulti yang ada di UiTM. Antara fakulti yang terlibat adalah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, dan juga Fakulti Pergigian.


Pilihan raya ini diadakan bertujuan mencari wakil pelajar bagi setiap fakulti. Waktu untuk pelajar menunaikan tanggungjawab untuk mengundi adalah diantara pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang.


Sepanjang tempoh mengundi, para pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dengan menghadirkan diri untuk mengundi tanpa mendatangkan apa-apa masalah kepada pihak pengurusan walaupun masih terdapat diantara mereka yang tidak mengundi.


nota kaki : pilihlah calon yang mampu menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi...

Monday, January 25, 2010

Legion


LEGION
Satu filem yang menarik untuk ditonton. Jalan penceritaannya hampir sama seperti filem 2012. Berkisarkan prinsip keagamaan, kepercayaan dan kesetiaan.


Terdapat beberapa scene yang agak mencemaskan and maybe agak menakutkan + geli. Tetapi terdapat beberapa scene yang kelakar, sekurang-kurangnya dalam cemas, still boleh ketawa. Apa-apa pun filem ini perlu ditonton bagi mereka yang meminati filem seperti 2012.


nota kaki : mencari time untuk tengok filem "Tooth Fairy"...

Hakikat Kehidupan Manusia


MANUSIA adalah sebaik-baik kejadian walaupun hanya diciptakan dari TANAH. Manusia juga diciptakan sebagai mahkluk yang BERAKAL yang dijadikan sebagai KHALIFAH. Namun kenapa semakin moden dunia ini semakin BERCELARU fikiran manusia...?


Fact is, as human, kita tak pernah CUKUP dengan apa yang kita perolehi. Kita tak pernah BERSYUKUR dengan apa yang kita dapat. Malah kita akan meminta lebih dari apa yang sepatutnya. Asking something that we shouldn't ask for.



Nowdays, manusia hidup dalam persaingan untuk prove siapa yang lebih HEBAT, yang lebih BERKUASA, yang lebih KAYA, yang lebih BERPENGARUH. Persaingan yang telah membuatkan hidup manusia makin STRESS. Persaingan yang telah membuat manusia hidup dalam KECELARUAN.



KEINGINAN yang melebihi keupayaan. Keinginan yang membangkitkan kepada tekanan. Keinginan yang menciptakan KETERPAKSAAN. Keinginan yang menunjangkan KEHANCURAN.


Keliru tentang HIDUP, tentang PRINSIP, tentang MORAL, tentang HUKUM ALAM, tentang AGAMA. Semakin maju dunia, semakin besar kekeliruan yang berlaku. Bunuh diri, perkahwinan sesama jantina, bertukar jantina, bertukar agama adalah KESAN dari kekeliruan.


Bukan semua yang kita inginkan kita akan perolehi, bukan semua yang kita hajati akan kita dapat, bukan semua yang kita impikan akan termakbul. Namun itulah hakikatnya, itulah kehidupan, itulah REALITI.


nota kaki : ukur keupayaan sendiri dalam membina sesuatu impian...

Saturday, January 23, 2010

Imaginasi Yang Terlalu Kreatif


MYSTERY. GHOST. DEVIL. HANTU. SYAITAN. MISTIK.


Aku bukan seorang yang berani tapi bukanlah seorang yang penakut. I know that makhluk halus, makhluk yang kita tak nampak secara fizikalnya, memang wujud. Selalunya, aku amalkan prinsip, "aku tak kacau 'dia', jadi 'dia' takkan kacau aku".


Pengalaman pertama aku duduk hostel time aku sambung study untuk aku punya diploma. Truly, memang ada rasa takut bila nak kena tinggal dekat hostel untuk pertama kalinya dalam hidup. Lagi-lagi time otak memutarkan kembali kisah-kisah horror yang pernah ditonton atau mengimaginasikan cerita-cerita yang pernah didengar. Otak aku memang pakar dalam bab-bab kreatif tak kena tempat. Tapi alhamdulillah, sepanjang 3 semester aku tinggal dekat hostel (sebab masuk semester 4, aku kena kick + aku memang tak nak duduk hostel sudah. Hehehe.), aku tak pernah dihinggapi apa-apa masalah yang ada sangkut paut dengan alam mistik.


Hidup aku sebagai pelajar diteruskan dekat UiTM. Aku tak tinggal dekat kolej sebab aku tak dapat kolej tapi kalau aku mohon, 100% confirm aku boleh dapat (tapi aku memang tak nak tinggal dekat kolej). Oleh sebab aku ulang alik ke kampus tiap-tiap hari dari rumah aku, so aku tak adalah terdengar cerita-cerita horror.


Yang tak bestnya, adalah seorang lecturer aku ini, terlebih rajin. 1st day masuk class beliau, beliau sudah membuka al-kisah seram yang ada dekat UiTM. Nak dijadikan cerita, salah satu class aku dekat Menara T.A.R level 13, salah 1 tempat yang berlakunya kisah-kisah menarik tersebut. Nasib class time petang, kalau malam, alamatnya, aku mungkin kena repeat paper. Huhuhu. Minta dijauhkanlah.


Kewujudan makhluk halus kadang-kadang menimbulkan keraguan apabila ada pihak yang mengembar-gemburkan ceritanya. Tapi yang nyata makhluk seperti syaitan terbukti kewujudannya. Al-Quran sudah menjelaskan segalanya.


nota kaki : credit pada cerita paranormal activity + sahabatku, IkynZ (yang bertanggungjawab mengajak aku tengak film itu). Imaginasiku makin menjadi-jadi...

Friday, January 22, 2010

A Day At Star Hill


1st grouping assignment yang we all dapat adalah untuk membuat observation dekat Bukit Bintang (B.B). Frankly, B.B wasn't my favourite place to go. Crowded with peoples. TEENs. TOURISTs. IMMIGRANTs. Been there like i'm not in Malaysia.



Lepas sampai dekat monorail B.B, kami divide group kepada dua. Satu group pergi area LOT 10 dan group kami pergi area B.B Plaza. 1st thing yang kami buat dekat B.B Plaza adalah beli CERMIN MATA HITAM. Time nak beli, terselitlah unsur tawar-menawar. Saya yang tak pandai bab ini pun boleh join tawar menawar. Atlast, kami dapat beli 3 shades for RM40. I'm not sure either kami yang beruntung atau mat bangla yang jaga kedai itu yang rugi. But atleast, dari RM25 each, kami dapat RM13 each.




Lucky to be there that day sebab pasukan RELA tengah buat operasi menahan warga asing dari Indonesia, India dan sebagainya. Especially mereka yang gagal tunjukkan pasport perjalanan yang sah. Secara tak langsung, kami dapat 1 issue. Remaja (budak-budak sekolah) yang lepak dekat situ turut memberikan kerjasama yang baik apabila kami nak interview mereka.


Hari itu, kami dapat melihat pelbagai ragam manusia, yang majoritinya anak-anak MELAYU yang melepak di situ dengan pakaian yang mungkin menunjukkan identiti kumpulan masing-masing. Itu tak termasuk dengan mereka-mereka yang tak cukup kain.


Alhamdulillah, tugasan berjaya kami selesaikan walaupun ada cacat celanya. Report dan presentation sudah dibuat. Harap kami berjaya memuaskan hati lecturer dengan hasil kerja kami.


Nota kaki : pengalaman pertama...

KUIS to UiTM



Either KUIS atau UiTM, kedua-duanya adalah tempat yang sama. Pergi ke sana dengan satu tujuan yang sama, BELAJAR. But still, ada different pada both places. Di KUIS a.k.a Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, pergaulan between girls dan boys agak terbatas tetapi di UiTM, kita bebas bergaul asalkan tidak melebihi batas adat dan agama.


Di KUIS, ilmu disuap sepenuhnya kepada semua penuntut tetapi di UiTM, perlu ada initiative demi mendapatkan yang terbaik. Paling best kalau nak compare KUIS dengan UiTM tentang bab pakaiannya. UiTM, style berpakaian tak strict sangat. BEBAS. DENIM. T-SHIRT. CARDIGAN. As long SOPAN, TAK MENYUCUK mata, like one of my lecturer said. Di KUIS, everyday BAJU KURUNG, kalau tak JUBAH. Memanglah sopan, ayu mata memandang, tetapi kalau hari-hari baju kurung, agak membosankan. No variety.


Shcedule class, dekat KUIS, paling lama class, direct 2 jam tetapi UiTM direct 3 jam. Yang best, dekat UiTM, class once a week. So either you sengaja ponteng class atau ada alasan yang logik, still you akan rugi.


Cakap bab sesat, when u're in KUIS, insyaALLAH, takkan sesat. Tetapi kalau UiTM, kena rajin bertanya atau harus memiliki ingatan yang kuat agar tidak tersesat, especially UiTM Shah Alam, the main campus.


Tapi soal parking, thumbs-up untuk KUIS sebab students boleh parking dekat dengan fakulti. Oleh kerana UiTM memiliki ramai students, yang kebanyakkannya membawa kereta menyebabkan pihak UiTM terpaksa menyediakan sebuah tempat yang dipanggil PADANG KAWAD yang jauh dari fakulti untuk students parking kereta dari situ, UiTM sudah sediakan bus yang akan pick up students dari car park ke fakulti masing-masing. Kalau ada yang rajin berjalan, fuh...confirm dalam sebulan boleh kurus (agaknyalah).


Nota kaki : yang penting nawaitu untuk cari ilmu,untuk belajar.