Wednesday, February 22, 2012

~ work harder please ~


This entry will be the shortest one, i need to work harder next semester... i mean... I REALLY NEED TO WORK HARDER...!!!
MUST...!!!
COMPULSORY...!!!

Because i didn't one to repeat the same mistake like i had did...

nota kaki: its all about my semester 4 result...decrease... T.T

Monday, February 20, 2012

~ permulaan yang baru ~


Masa sudah berganjak ke bulan Februari...sudah hampir ke bulan Mac pun... Bermakna 2 bulan sudah kita berada di tahun 2012... Entri terakhir dari qin adalah pada 1 Julai 2011, ini bermakna sudah 8 BULAN qin tak membuat apa2 entri...h0h0h0... Agak busy sepanjang semester 4...banyak tugasan luar yang perlu disiapkan...


Penutup tahun 2011, membawa banyak kisah...suka, duka, gembira dan sedih; semuanya ada...complete rencahnya...h0h0h0...


Bermula dengan khabar gembira buat parents qin, di mana keduanya telah mendapat seruan dari Illahi untuk pergi menunaikan haji...ALHAMDULILLAH, sampai juga hajat mereka untuk pergi ke rumah ALLAH...


Dalam pada masa yang sama, qin mendapat khabar kurang gembira dari Shah Alam...*pada ketika itu qin sedang berada di Sik, Kedah bagi menghantar kedua parents qin untuk menunaikan haji* Khabar yang terima itu sedikit sebanyak menggugat perasan qin...kecewa usah ditanya, sedih sememangnya ada... Namun qin CUBA kuatkan hati kerana tidak mahu mak perasan tentang kesedihan hati qin, apatah lagi pada saat dia akan berangkat ke Makkah...

JUJUR, seperti pasangan lain yang bercinta, qin juga BERHARAP kisah percintaan qin akan KEKAL sehingga ke ikatan pernikahan, namun rupanya, cinta itu bukan milik qin... Qin tak pernah meletakkan apa2 syarat untuk menjadi kekasih hati qin, biarpun berstatuskan duda, yang penting BUKAN suami orang...kerana qin tidak sanggup untuk berkongsi kasih... MADU ITU MANIS, NAMUN BERMADU ITU PAHIT...


YES..!!!...qin menjalinkan hubungan dengan lelaki yang berusia 35tahun...memiliki 3 orang anak... Qin sayangkan dia dan qin terima dia seadanya walaupun dirinya bergelar duda... Namun itu sekadar CERITA PALSU dan qin telah ditipu... Rupanya dia tidak pernah melafazkan cerai pada isterinya dan masih memegang status SUAMI orang... Ya ALLAH, dugaan apakah yang DIKAU berikan padaku... Hampir 4 bulan hubungan itu terjalin dan baru qin dapat tahu status sebenar dirinya... Terasa diri ini telah DIPERBODOHKAN sehingga berjaya ditipu bulat2...


Qin PERNAH melafazkan kata putus selepas qin mengetahui status sebenar si dia...namun mungkin kerana qin telah terbiasa dengan kehadirannya, qin tak mampu untuk berdiri tanpa dia... Namun untuk menerima dia sebagai suami, *dia telah melamar qin untuk jadi yang kedua dalam hidupnya* tidak mungkin akan berlaku...qin tak sanggup...dan qin tahu parents pasti akan membantah seandainya qin ambil keputusan untuk terima lamaran itu...


Dalam pada qin sedang BERGELUT dengan masalah hati, qin menerima perkhabaran yang MENGEJUTKAN dari Makkah... Ayah qin kurang sihat, demam dan secara tiba2, kedua kakinya tidak dapat digerakkan...bagaikan LUMPUH...


Siapa yang tidak terkejut menerima berita sebegitu, apatah lagi berita itu qin terima dari Mak Su qin kerana mak qin tidak sanggup untuk menyampaikannya sendiri... Ya, qin faham perasan mak...betapa dia sendiri sedang bergelut dengan perasan dan berusaha mencari kekuatan untuk mengharungi dugaan ALLAH itu secara sendirian di rumah suci ALLAH... HANYA DOA yang mampu qin berikan sebagai anak yang jauh di mata...


Akhirnya, berbekalkan kekuatan diri, qin sekali lagi melafazkan kata putus dan kali ini, qin NEKAD...qin tidak mahu meneruskan hubungan ini lagi... SYUKUR, kerana qin masih dikurniakan kekuatan hati dan mental untuk berdepan situasi itu disamping sokongan kakak, sepupu dan sahabat baik yang sentiasa bersama qin...


Namun sebenar qin turut mendapat kekuatan dari seseorang yang qin kenali dari alam maya... KEHADIRAN dia membuatkan qin menjadi lebih kuat untuk berdepan dengan keputusan qin untuk berpisah... Cukuplah buat masa sekarang qin kenalkan si dia dengan nama Hafiz...dan dialah Chenta Hati qin kini...

Pasti akan ada yang menyatakan qin MENGGUNAKAN Hafiz demi kepentingan diri qin...terpulanglah pada pandangan masing2... Apa yang qin tahu, qin juga BERHAK untuk bahagia seperti orang lain...


Bukan qin terus menerima Hafiz untuk menjadi pengganti dalam hidup qin...tetapi KEBERANIAN Hafiz untuk datang berjumpa parents qin yang ketika itu berada di hospital kerana ayah qin masih belum sembuh setelah pulang dari menunaikan haji pada hari yang sama dia berjumpa dengan qin buat PERTAMA KALINYA... *untuk pengetahuan...sepanjang qin berkenalan dengan Hafiz melalui ruangan chatroom, kami tidak pernah bersua muka dan bertemu memandangkan Hafiz sedang menuntut di UUM pada ketika itu* Kejujuran dan keikhlasan dia untuk berjumpa parents qin membuatkan qin YAKIN dia benar2 ikhlas untuk bersama qin...


Kami masih baru bersama, baru sebulan tempoh perhubungan kami... Masih merangkak... *bak kata sahabat qin, tahun baru, cinta baru* Dan kami masih berusaha dan akan terus berusaha untuk mempertahankan hubungan kami ini...apatah lagi parents qin mengetahui tentang perhubungan ini dan merestuinya... Qin akan terus berdoa agar hubungan ini mampu bertahan sehingga ke ikatan pernikahan dan sehingga ke akhir hayat qin...insyaALLAH...ameen...


Itulah alkisah ceritera penutup 2011 dan pembuka tahun 2012... Qin berharap agar tahun 2012 akan membawa sinar kebahagiaan, kegembiraan, kerahmatan dan kejayaan buat keluarga, sahabat dan semua yang mengenali diri qin... *terutama untuk diri qin dalam menempuhi tahun akhir bergelar pelajar...qin akan masuk semester 5 pada Mac 2012*



nota kaki: everything happened for a reason...just take a deep breath and smile