Saturday, January 30, 2010

Kematian : Satu Keabadian


KEMATIAN


Merupakan satu perkara yang pasti akan ditempuhi setiap mahkluk yang BERNAFAS dan yang BERNYAWA di muka bumi ini.


Firman Allah swt..

"Dia yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian Dia keluarkan kamu menjadi anak-anak, kemudian kamu sampai dewasa, kemudian kamu menjadi orang tua. Dan diantara kamu ada orang yang diwafatkan sebelum itu dan supaya kamu sampai kepada ajal (waktu) yang ditentukan, mudah-mudahan kamu memikirkannya"
(Surah al-Mu'min, ayat 67)


Kematian sememangnya boleh berlaku dalam pelbagai keadaan dan keadaan. Kematian tidak mengira UMUR, tidak mengira PANGKAT, tidak mengira KETURUNAN. Kematian telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta iaitu Allah swt. Kematian telah ditetapkan oleh Allah swt sejak azali lagi.


Sebagai umat ISLAM, kita tidak seharusnya gentar menghadapi kematian kerana kita sudah diberi peringatan bahawa satu hari nanti, apabila tiba waktunya, kita akan dijemput untuk ditimbang segala amalan PAHALA dan DOSA. Kematian itu satu KEPASTIAN.


nota kaki : masih perlu tingkatkan amalan....

Thursday, January 28, 2010

Pilihan Raya Kampus UiTM Shah Alam


28 Jan. - Satu pilihan raya kampus telah berlangsung yang melibatkan semua fakulti yang ada di UiTM. Antara fakulti yang terlibat adalah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, dan juga Fakulti Pergigian.


Pilihan raya ini diadakan bertujuan mencari wakil pelajar bagi setiap fakulti. Waktu untuk pelajar menunaikan tanggungjawab untuk mengundi adalah diantara pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang.


Sepanjang tempoh mengundi, para pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dengan menghadirkan diri untuk mengundi tanpa mendatangkan apa-apa masalah kepada pihak pengurusan walaupun masih terdapat diantara mereka yang tidak mengundi.


nota kaki : pilihlah calon yang mampu menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi...

Monday, January 25, 2010

Legion


LEGION
Satu filem yang menarik untuk ditonton. Jalan penceritaannya hampir sama seperti filem 2012. Berkisarkan prinsip keagamaan, kepercayaan dan kesetiaan.


Terdapat beberapa scene yang agak mencemaskan and maybe agak menakutkan + geli. Tetapi terdapat beberapa scene yang kelakar, sekurang-kurangnya dalam cemas, still boleh ketawa. Apa-apa pun filem ini perlu ditonton bagi mereka yang meminati filem seperti 2012.


nota kaki : mencari time untuk tengok filem "Tooth Fairy"...

Hakikat Kehidupan Manusia


MANUSIA adalah sebaik-baik kejadian walaupun hanya diciptakan dari TANAH. Manusia juga diciptakan sebagai mahkluk yang BERAKAL yang dijadikan sebagai KHALIFAH. Namun kenapa semakin moden dunia ini semakin BERCELARU fikiran manusia...?


Fact is, as human, kita tak pernah CUKUP dengan apa yang kita perolehi. Kita tak pernah BERSYUKUR dengan apa yang kita dapat. Malah kita akan meminta lebih dari apa yang sepatutnya. Asking something that we shouldn't ask for.



Nowdays, manusia hidup dalam persaingan untuk prove siapa yang lebih HEBAT, yang lebih BERKUASA, yang lebih KAYA, yang lebih BERPENGARUH. Persaingan yang telah membuatkan hidup manusia makin STRESS. Persaingan yang telah membuat manusia hidup dalam KECELARUAN.



KEINGINAN yang melebihi keupayaan. Keinginan yang membangkitkan kepada tekanan. Keinginan yang menciptakan KETERPAKSAAN. Keinginan yang menunjangkan KEHANCURAN.


Keliru tentang HIDUP, tentang PRINSIP, tentang MORAL, tentang HUKUM ALAM, tentang AGAMA. Semakin maju dunia, semakin besar kekeliruan yang berlaku. Bunuh diri, perkahwinan sesama jantina, bertukar jantina, bertukar agama adalah KESAN dari kekeliruan.


Bukan semua yang kita inginkan kita akan perolehi, bukan semua yang kita hajati akan kita dapat, bukan semua yang kita impikan akan termakbul. Namun itulah hakikatnya, itulah kehidupan, itulah REALITI.


nota kaki : ukur keupayaan sendiri dalam membina sesuatu impian...

Saturday, January 23, 2010

Imaginasi Yang Terlalu Kreatif


MYSTERY. GHOST. DEVIL. HANTU. SYAITAN. MISTIK.


Aku bukan seorang yang berani tapi bukanlah seorang yang penakut. I know that makhluk halus, makhluk yang kita tak nampak secara fizikalnya, memang wujud. Selalunya, aku amalkan prinsip, "aku tak kacau 'dia', jadi 'dia' takkan kacau aku".


Pengalaman pertama aku duduk hostel time aku sambung study untuk aku punya diploma. Truly, memang ada rasa takut bila nak kena tinggal dekat hostel untuk pertama kalinya dalam hidup. Lagi-lagi time otak memutarkan kembali kisah-kisah horror yang pernah ditonton atau mengimaginasikan cerita-cerita yang pernah didengar. Otak aku memang pakar dalam bab-bab kreatif tak kena tempat. Tapi alhamdulillah, sepanjang 3 semester aku tinggal dekat hostel (sebab masuk semester 4, aku kena kick + aku memang tak nak duduk hostel sudah. Hehehe.), aku tak pernah dihinggapi apa-apa masalah yang ada sangkut paut dengan alam mistik.


Hidup aku sebagai pelajar diteruskan dekat UiTM. Aku tak tinggal dekat kolej sebab aku tak dapat kolej tapi kalau aku mohon, 100% confirm aku boleh dapat (tapi aku memang tak nak tinggal dekat kolej). Oleh sebab aku ulang alik ke kampus tiap-tiap hari dari rumah aku, so aku tak adalah terdengar cerita-cerita horror.


Yang tak bestnya, adalah seorang lecturer aku ini, terlebih rajin. 1st day masuk class beliau, beliau sudah membuka al-kisah seram yang ada dekat UiTM. Nak dijadikan cerita, salah satu class aku dekat Menara T.A.R level 13, salah 1 tempat yang berlakunya kisah-kisah menarik tersebut. Nasib class time petang, kalau malam, alamatnya, aku mungkin kena repeat paper. Huhuhu. Minta dijauhkanlah.


Kewujudan makhluk halus kadang-kadang menimbulkan keraguan apabila ada pihak yang mengembar-gemburkan ceritanya. Tapi yang nyata makhluk seperti syaitan terbukti kewujudannya. Al-Quran sudah menjelaskan segalanya.


nota kaki : credit pada cerita paranormal activity + sahabatku, IkynZ (yang bertanggungjawab mengajak aku tengak film itu). Imaginasiku makin menjadi-jadi...

Friday, January 22, 2010

A Day At Star Hill


1st grouping assignment yang we all dapat adalah untuk membuat observation dekat Bukit Bintang (B.B). Frankly, B.B wasn't my favourite place to go. Crowded with peoples. TEENs. TOURISTs. IMMIGRANTs. Been there like i'm not in Malaysia.



Lepas sampai dekat monorail B.B, kami divide group kepada dua. Satu group pergi area LOT 10 dan group kami pergi area B.B Plaza. 1st thing yang kami buat dekat B.B Plaza adalah beli CERMIN MATA HITAM. Time nak beli, terselitlah unsur tawar-menawar. Saya yang tak pandai bab ini pun boleh join tawar menawar. Atlast, kami dapat beli 3 shades for RM40. I'm not sure either kami yang beruntung atau mat bangla yang jaga kedai itu yang rugi. But atleast, dari RM25 each, kami dapat RM13 each.




Lucky to be there that day sebab pasukan RELA tengah buat operasi menahan warga asing dari Indonesia, India dan sebagainya. Especially mereka yang gagal tunjukkan pasport perjalanan yang sah. Secara tak langsung, kami dapat 1 issue. Remaja (budak-budak sekolah) yang lepak dekat situ turut memberikan kerjasama yang baik apabila kami nak interview mereka.


Hari itu, kami dapat melihat pelbagai ragam manusia, yang majoritinya anak-anak MELAYU yang melepak di situ dengan pakaian yang mungkin menunjukkan identiti kumpulan masing-masing. Itu tak termasuk dengan mereka-mereka yang tak cukup kain.


Alhamdulillah, tugasan berjaya kami selesaikan walaupun ada cacat celanya. Report dan presentation sudah dibuat. Harap kami berjaya memuaskan hati lecturer dengan hasil kerja kami.


Nota kaki : pengalaman pertama...

KUIS to UiTM



Either KUIS atau UiTM, kedua-duanya adalah tempat yang sama. Pergi ke sana dengan satu tujuan yang sama, BELAJAR. But still, ada different pada both places. Di KUIS a.k.a Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, pergaulan between girls dan boys agak terbatas tetapi di UiTM, kita bebas bergaul asalkan tidak melebihi batas adat dan agama.


Di KUIS, ilmu disuap sepenuhnya kepada semua penuntut tetapi di UiTM, perlu ada initiative demi mendapatkan yang terbaik. Paling best kalau nak compare KUIS dengan UiTM tentang bab pakaiannya. UiTM, style berpakaian tak strict sangat. BEBAS. DENIM. T-SHIRT. CARDIGAN. As long SOPAN, TAK MENYUCUK mata, like one of my lecturer said. Di KUIS, everyday BAJU KURUNG, kalau tak JUBAH. Memanglah sopan, ayu mata memandang, tetapi kalau hari-hari baju kurung, agak membosankan. No variety.


Shcedule class, dekat KUIS, paling lama class, direct 2 jam tetapi UiTM direct 3 jam. Yang best, dekat UiTM, class once a week. So either you sengaja ponteng class atau ada alasan yang logik, still you akan rugi.


Cakap bab sesat, when u're in KUIS, insyaALLAH, takkan sesat. Tetapi kalau UiTM, kena rajin bertanya atau harus memiliki ingatan yang kuat agar tidak tersesat, especially UiTM Shah Alam, the main campus.


Tapi soal parking, thumbs-up untuk KUIS sebab students boleh parking dekat dengan fakulti. Oleh kerana UiTM memiliki ramai students, yang kebanyakkannya membawa kereta menyebabkan pihak UiTM terpaksa menyediakan sebuah tempat yang dipanggil PADANG KAWAD yang jauh dari fakulti untuk students parking kereta dari situ, UiTM sudah sediakan bus yang akan pick up students dari car park ke fakulti masing-masing. Kalau ada yang rajin berjalan, fuh...confirm dalam sebulan boleh kurus (agaknyalah).


Nota kaki : yang penting nawaitu untuk cari ilmu,untuk belajar.