Sunday, February 28, 2010

Sang Juara


28 Feb.- Merupakan hari terakhir pertandingan PERSAK 2010. Acara yang bermula pada hari Sabtu di tasik seksyen 7, Shah Alam. Acara jalan lasak, berbasikal dan berkayak telah di jalan pada hari tersebut. Manakala pada hari Ahad, acara larian kompas telah di jalankan.


Saya bersama rakan-rakan sepasukan telah mewakili kompeni F untuk fakulti Masscom. Walaupun kalah dalam acara yang dipertandingkan, namun kami berbangga kerana kami telah dapat menyelesaikan tugasan dan disiplin yang diberikan dengan sebaiknya.


Dari pertandingan yang kami sertai ini telah memberikan kami satu semangat berkerjasama sebagai satu pasukan. Bukan hadiah yang paling utama, tetapi bagaimana kami berdepan dengan tekanan untuk menyempurnakan tugasan dalam masa yang diberikan. Bagi kami, KAMILAH JUARA...


nota kaki: masscom boleh...!!!

Thursday, February 25, 2010

Tekala Menggamit Kenangan



Buat pertama kali selepas hampir enam bulan tidak bertemu, Tekala menjadi titik pertemuan yang akan meninggalkan kenangan manis. Perjumpaan yang diadakan untuk semua bekas pelajar Diploma Komunikasi Batch 2006 telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.


Masjid Wilayah Kuala Lumpur menjadi tempat berkumpul bagi mereka yang datang dari sekitar Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam sebelum bergerak menuju ke destinasi yang dirancang.


Walaupun dengan kehadiran bekas pelajar yang tidak begitu ramai, namun, kemeriahan tetap dirasai. Tidak dinafikan ada kekurangan, tetapi ia bukan penghalang buat kami untuk berseronok pada hari tersebut.


nota kaki: kenangan terindah...

Thursday, February 11, 2010

Cuti Oh Cuti


Bermula 12 Feb (bagi mereka yang tiada kelas pada hari Jumaat atau mungkin lebih awal dari tarikh ini) sehingga 21 Feb merupakan tarikh cuti pertengahan semester. Merupakan waktu yang dinantikan oleh hampir majoriti warga UiTM.


Keadaan di UiTM semakin lenggang menjelang petang (pada pemerhatian aku) kerana sudah ada pelajar yang telah pulang ke kampung a.k.a rumah masing-masing (termasuk kawan baikku - izan - yang telah bertolak balik ke Perlis seawal pukul 2 petang tadi).


Tetapi adakah cuti itu benar-benar boleh dipanggil cuti andainya terdapat assignment yang perlu disiapkan...? Cutikah itu...? Aku redha andai sememangnya inilah ketentuan yang perlu aku hadapi sebagai pelajar. Andai ini yang difikirkan oleh para pensyarah bahawa ini yang terbaik, akan kuhadapinya dengan tabah. Huhuhuhu...


nota kaki : apa-apa pun kepada semua kawan-kawanku, semoga menikmati cuti dengan sebaiknya...

Friday, February 5, 2010

Kesatria Negara

BERKAWAD...? BERLARI...? LOMPAT BINTANG...? DIMAKI HAMUN...?
Kalau anda gemarkan kesemua perkara di atas atau mungkin salah satu daripadanya, anda seharusnya menyertai Kesatria Negara.


Itulah yang aku kena buat setiap hari Sabtu. Acara kokurikulum yang WAJIB dilakukan. KELAKAR rasanya bila kena menghadap benda-benda ini balik. Ingatkan time diploma sahaja, alih-alih masuk degree tetap kena hadap lagi. Mentang-mentanglah aku dari IPTS, tak boleh nak buat transfer kredit untuk kokurikulum. TAK ADIL...!!!


Dalam minggu ini sampai ke beberapa minggu yang seterusnya, ada pula latihan KESAT (panggilan MANJA untuk Kesatria Negara) time malam. Latihan malam bukan untuk kawad tapi untuk latihan PERSAK (tak sure it stand for what tapi it kind a same like ironman punya competition and agak lasak). Dari pukul 0830 - 1030 malam. PENAT.


Luckly this thing salah satu perkara yang diwajibkan oleh pihak UiTM. Kalau tidak, for sure, aku takkan DERA diriku dengan merajinkan diri untuk hadir this kind a stuff. Hahahaha.


nota kaki : aktiviti yang menyihatkan...?

Thursday, February 4, 2010

Different People, Different Style


As NORMAL human being, we can't expect others to be exactly like we want. Setiap orang punya CARA yang tersendiri. Setiap orang punya GAYA yang tertentu.


BAYANGKAN seandainya, semua orang yang wujud di dunia ini, punya gaya dan cara yang sama, HOW the world will be like...? DULL is the correct word to express it. The variety of people di dunia ini yang menjadikan dunia lebih MENARIK.


Same goes with the lecturer of your class. If all the lecturer use the same technic of teaching, proses pembelajaran akan jadi sama sahaja. Tak dinafikan, sesetengah lecturer menggunakan cara pembelajaran yang agak MEMBOSANKAN. Namun andai itu yang dirasakan oleh mereka (lecturer) bahawa kaedah itu adalah yang TERBAIK, kita tetap perlu HADAPINYA.


Kita harus berterima kasih kepada mereka di atas ILMU yang diberikan kepada kita. Walau sekuat manapun kita TIDAK SUKAKAN seseorang lecturer itu, kita jangan sampai membencinya. (Ahmad Faisal Mohd Piah, 3.55pm, 2010)


nota kaki : hormati lecturer sama seperti hormat parents...

Monday, February 1, 2010

AGM Journalism 2010


1 Feb. - Mesyuarat pertama yang berlangsung di Dewan Kuliah 2 telah mengumpulkan hampir kesemua pelajar jurusan kewartawanan dari semester satu sehingga semester lima. Mesyuarat yang bermula tepat pukul 1 tengahari itu adalah bertujuan untuk mencari calon bagi mengisi kekosongan jawatan bagi Kelab Kewartawanan (JC).


Sebelum kekosongan jawatan diisi semula oleh calon baru, Penasihat JC, Encik Faisal Bin Mohd Piah telah secara rasminya membubar jawatankuasa JC yang terdahulu. Antara jawatan yang telah diisi semula ialah Pengerusi Kelab, Bendahari, Ajk bagi setiap semester.


nota kaki : harap jawatankuasa baru akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya...