Tuesday, March 8, 2011

~banyak cerita~


agak lama saya tidak menulis di blog, agak kekurangan idea, tidak tahu apa yang mahu dik0ngsi di sini...jadi kali ini, apa yang saya ingin coretkan adalah cerita-cerita yang ingin saya k0ngsikan...


07032011...merupakan ulang tahun kelahiran mak yang ke-57...m0ga ALLAH akan senantiasa merahmatinya, mengurniakannya kesihatan yang baik dan memberikannya kebahagiaan dalam hidupnya sehingga ke akhir hayat...adeq sayangkan mak...



setelah hampir setahun tak masak, tiba-tiba datang keinginan nak memasak..huhuhu...jadi dengan selambanya, saya meminta kawan saya menemani saya untuk membeli barang selepas tamat class...akhirnya, sebagai "pembuka tirai", saya telah memasak ayam masak merah... tukang rasanya, kawan saya a.k.a peneman sh0pping... alhamdulillah..sedap just agak pedas...nak buek camn0, cili tuh memang dari spesis yang pedas...


kenapa ada manusia yang suka melepaskan ketidakpuasan hati terhadap seseorang kepada orang lain...ada satu masa, ketika perbentangan dummies, *tugasan membuat layout newspaper secara gr0up* saya dan gr0up diserang dengan s0alan yang tidak munasabah... selesai pembentangan, baru saya dapat tahu yang si penanya ada sedikit salah faham dengan salah seorang ahli kumpulan saya yang kebetulan tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan... di sini apa yang mampu saya rungkaikan, si penanya merupakan seorang yang sungguh tidak pr0fesional...


hari jumaat lepas, 04032011, sepatutnya saya berjumpa dengan seseorang demi menyelesaikan salah faham yang timbul...untuk pengetahuan, cadangan untuk berjumpa ini adalah idea dari pihak dia *siapakah dia, terpaksa dirahsiakan* dan saya bersetuju kerana mungkin itu yang perlu dilakukan...rancangan asal adalah untuk berjumpa lebih kurang pukul 3 petang, di DC...pada hari yang dijanjikan, pada pukul 1210 tengahari, saya meminta untuk berjumpa untuk berjumpa kerana alang-alang saya masih berada di UiTM pada ketika itu... dan dia meminta saya untuk naik berjumpa dia di tingkat 9 yang saya percaya adalah level k0lej dia...saya mula merasakan seperti saya yang terhegeh-hegeh untuk berjumpa dia...maaf bukan mementingkan diri sendiri tapi pada ketika itu saya berada di sekitar PTAR, dan apabila dia membuat arahan *saya boleh katakan sebagai arahan, kerana tiada tanda '?' di akhir mesej dia* seperti itu saya memang tidak dapat menerimanya...ia seperti saya yang beria-ia mahukan kami berjumpa...sedangkan at a 1st place, dia yang mahukan kami berjumpa...pada saat itu saya tidak melihat sebarang eff0rt dari dia untuk berjumpa saya... *saya dari PTAR, harus mencari parking dan naik ke level 9 sedangkan dia? hanya menanti saya di bilik dia* maaf tetai atas sebab itu, saya kecewa dan membatalkan pertemuan kami pada hari itu... selepas saya menghantar mesej menyatakan kekecewaan saya lantas membatalkan pertemuan kami... dia memberitahu saya yang beliau sibuk menyiap kan sedikit kerja...dalam 10-15 minit baru siap... saat itu saya benar-benar rasa agak berang...apa salahnya kalau dia bagitahu awal-awal yang dia sedang sibuk dan akan berjumpa saya selepas 10-15 minit...ini tidak, sewenang-wenang menyuruh saya naik ke level 9 untuk bertemu dia... mungkin ada yang akan menganggap saya mementingkan diri sendiri, tidak boleh bertolak ansur dan sebagainya, terpulanglah...saya tidak menghalang..itu adalah hak anda...tetapi saya miliki prinsip tersendiri...


hari ahad lepas, 06032011, saya berjaya meluahkan rasa hati kepada kekasih hati... sejujurnya, saya memang sayangkan dia, amat menyayangi dia tetapi sebagai manusia biasa saya tidak dapat mengelak dari rasa tidak puas hati... si dia terlampau sibuk dengan bisnes...sehingga kami jarang bertemu...mungkin perkataan yang lebih sesuai...kami sudah lama tidak berhubung...tapi alhamdulillah...luahan yang saya lakukan itu, membuatkan saya rasa sangat lega... dan saya bersyukur kerana segala pers0alan yang membelenggu diri saya terjawab...tidak mengapalah, saya memahami kesibukan si dia melakukan perkerjaan dalam masa yang sama merupakan penuntut tahun akhir di UiTM...apa yang penting, si dia dan saya masih saling menyayangi dan semoga hubungan ini akan berpanjangan sehingga ke ikatan pernikahan yang seterusnya membawa ke akhir hayat...insyaALLAH...ameen...


nota kaki: yakin dan percaya segala yang berlaku ada hikmah...