Friday, July 1, 2011

~ alkisahnya ~


SYUKUR ke hadrat Illahi kerana masih lagi BERNYAWA hingga ke saat ini... Sudah lama tidak ada entri dari qin, bukan membawa diri tetapi agak sibuk dan penat sedikit... Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi di sini...


Sehari selepas final exam pada 5 Mei 2011, qin terus memulakan kerja sebagai cashier di Petronas Seksyen 18... Bukan duit matlamat utama tetapi ingin mencari PENGALAMAN kerja kerana sepanjang 23 tahun, qin tidak pernah berkerja... *kalau pengalaman kerja selama 5 hari di kira, maka ini adalah pekerjaan kedua yang pernah qin lakukan...hohoho..*


Hajat dihati ingin bekerja sehingga ke penghujung bulan Julai, namun hajat tidak kesampaian atas sebab timbulnya beberapa masalah... Alhamdulillah, kerja di situ menyeronokan, terasa bagai sebuah keluarga... Malah persekitaran dan suasana juga tidak menghampakan... Pelbagai pengalaman lucu yang dirasai...kelakar...tapi dalam berseronok itu, diduga dengan pelbagai masalah...pada mulanya ingin bertahan sehingga ke akhir Julai namun kita hanya mampu merancang, TAKDIRNYA ditentukan ALLAH... Tanggal 30 Jun 2011, merupakan hari terakhir bergelar pekerja... Sedih dan sayu namun keputusan telah di ambil dan tidak mungkin akan berpatah kembali... Sekurang-kurangnya qin telah mempunyai pengalaman kerja... Sekurang-kurangnya qin telah sedar bahawa BUKAN MUDAH ingin mencari sesen duit...


Dalam tempoh masa berkerja itu, pada 17 Jun 2011, KEPUTUSAN final exam semester lepas telah diketahui... Alhamdulillah...sangat BERSYUKUR dengan keputusan yang diperolehi...terasa berbaloi segala usaha dan penat lelah...insyaALLAH...semoga kejayaan ini akan menjadi PEMBAKAR SEMANGAT untuk semester mendatang...ameen...


Dalam bergembira, dalam ketawa, diri qin diduga dengan kisah sedih...qin cuba pertahankan tapi Allah lebih berkuasa...akhirnya kebenaran terserlah...baru tersedar yang selama ini qin telah dipermainkan, ditipu hidup-hidup... Tidak mengapalah sesungguhnya ALLAH tidak akan meletakkan sesuatu ujian itu dalam hidup qin andainya qin tidak mampu harunginya...Alhamdulillah qin masih mampu berdepan dan BERDIRI KUKUH dengan dugaan itu...


Patah tumbuh hilang berganti...begitulah yang boleh qin samakan dengan hidup qin... Qin tidak kisah andai ada yang mengatakan qin sekadar mengambil kesempatan untuk melupakan lara di hati..qin tidak peduli...itu hak masing-masing... Qin BERHAK untuk bahagia, qin berhak untuk gembira, qin berhak untuk merasa apa yang orang lain rasa... Sudah terlalu lama qin berbohong pada hati, pada jiwa dan pada diri yang qin bahagia, qin gembira sedangkan hati berduka... Qin yakin pada ketentuan andai ini yang terbaik untuk qin, qin terima dengan REDHA...moga dikurniakan kekuatan dari Yang Esa untuk qin dalam mengharungi hidup ini...


Takziah buat sahabat baik qin yang baru-baru ini telah kehilangan ayah tercinta... Sesungguhnya pemergian arwah adalah sesuatu yang MENGEJUTKAN buat dia sekeluarga kerana pemergian arwah berlaku pantas... Diharapkan agar dia tabah dalam mengharungi dugaan dan ujian ini kerana dia benar-benar terasa kehilangan arwah... Timbul satu kesedaran yang sesungguh kita tidak mampu menduga bila kita akan dipanggil untuk menghadap Yang Satu...alFATIHAH...


nota kaki : sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...insyaALLAH...