Saturday, February 12, 2011

~k.e.h.i.l.a.n.g.a.n~


bersediakah kita untuk berdepan dengan kehilangan? kehilangan yang tidak mungkin dapat dicari ganti... kehilangan itu bagi saya merupakan sesuatu yang SUBJEKTIF sebenarnya... andai kita hilang sebatang pen juga boleh dikatakan kehilangan, cuma yang membezakan, andai pen itu hilang kita tidaklah terlalu BEREMOSI...


kehilangan kekasih juga bagi saya tidaklah sesuatu yang harus dan perlu diperbesar-besarkan...kerana kita perlu menerima kenyataan yang si dia mungkin bukanlah jodoh kita...malah kehilangan kekasih juga bukanlah sesuatu yang begitu MENYEDIHKAN sebab bukankah sesungguhnya ALLAH mahu kita berjumpa dengan seseorang yang bukan untuk kita sebelum kita bertemu dengan si dia yang dijodohkan buat kita... bukan kerana mahu menyeksa diri dan perasaan kita tetapi kerana mahu kita belajar MENGHARGAI seseorang, bukankah PENGALAMAN itu sesuatu yang MENDEWASAKAN kita? maka kehilangan kekasih boleh dicari ganti... *maaf, saya bukan seorang yang tidak mempunyai perasaan cuma saya perlu bersikap REALISTIK di sini*


jadi kehilangan apakah yang cuba saya sampaikan di sini? kehilangan apakah yang baru mendatangkan kesan pada diri saya? sesungguhnya saya melihat kehilangan itu sesuatu yang menyedihkan waima kalau kehilangan sebatang pen sekalipun, cuma bezanya adalah IMPAKnya pada diri kita, sejauhmana kita berasa sedih,sekuat mana hati kita menangis bila menerima berita kehilangan itu, itu yang MEMBEZAKAN...


kehilangan seseorang yang kita sayang, yang kita kasihi kerana sudah sampai masa, sudah tamat tempoh PERJANJIAN dengan Yang Maha KUASA merupakan kehilangan yang tidak mungkin dapat dicari ganti walau yang cuba mengganti itu anak raja sekalipun... apakah perasaan kita andai menerima khabar tentang PEMERGIAN; bonda, ayahanda, kanda dan adinda kita malahan kaum keluarga kita merahmahtullah? sedih? pilu?


apakah kita BERSEDIA untuk berdepan dengan kehilangan itu? kuatkah kita untuk menahan airmata dari mengalir saat berdepan situasi itu? tabahkah kita? ya...sekarang mungkin kita dengan yakinnya menyatakan kita mampu, kita tabah, kita kuat, kita bersedia kerana kematian itu adalah pasti... ya...tidak saya nafikan KEMATIAN itu adalah pasti tetapi persoalannya adakah kita tidak akan terkejut lalu bersedih dan menangis hingga akhirnya tersedu-sedu apabila menerima berita tersebut...


sepanjang tiga semester saya melanjutkan pengajian di UiTM, sudah lima berita kehilangan yang saya hadapi *jangan salah faham, kehilangan itu bukan dari pihak saya tetapi dari pihak sahabat-sahabat saya* dari kehilangan seorang ayah, abang, makcik...semua itu mendatangkan kesedihan yang amat MEMILUKAN... saya yakin, walau bersedia mana kita untuk berdepan dengan kematian itu, namun bila berita tentang kematian itu sampai ke gegendang telinga kita, pasti, kesedihan akan tiba... kerana tiada siapa yang gembira menerima berita sedemikian...


sebagai manusia, kita tidak akan tahu bila AJAL akan menjemput kita...cuma yang kita tahu bahawa kematian adalah pasti buat diri kita...sama ada kita bersedia atau tidak, itu terpulang pada individu...jadi apa yang termampu kita lakukan HARGAIlah mereka-mereka yang berada disekeliling kita selagi...sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepadaNYA kita kembali...wallahualam


nota kaki: tidak mahu menyesal kemudian hari...

No comments:

Post a Comment