Tuesday, February 8, 2011

~masihkah punya cinta~


melihat orang laen bercinta, mempunyai teman, kekasih hati, saya pasti ia membuatkan jiwa kita rasa ingin memiliki yang sama...maaf...maksud di sini, ingin memiliki kekasih yer, bukan berkongsi kekasih...


tetapi adakah kita sebenarnya kita benar-benar BERSEDIA untuk memilikinya? paling utama, fahamkah kita tentang erti BERCINTA itu sebenarnya? siapa dan apa itu KEKASIH?


ya...saya punya cinta hati saya sendiri...alhamdulillah, walaupun kami masih baru, masih segar, masih merangkak, tak dapat saya bohongi diri yang saya memang sayangkan dia...dia mungkin tidak sekacak seperti mana-mana model terkenal lelaki, dia mungkin tidak segagah vin diesel *maaf, mungkin bias di sini, mungkin anda tidak bersetuju bila saya menyatakan vin diesel itu gagah, tetapi saya meminatnya* tetapi die adalah sebaik-baik lelaki untuk saya...saya menerima dia seadanya kerana sesungguhnya, saya sendiri tidaklah begitu sempurna untuk mencari kelemahan manusia laen...


seperti pasangan kekasih laen, kami juga tidak lari dari berdepan dengan pelbagai masalah *walaupun tidaklah banyak pun* walaupun kalau diikutkan dari perbezaan jarak, rasanya tidaklah jauh mana, kerana kami masing-masing duduk dan study di shah alam...tetapi kerana menghormati komitmen dia *yang sekarang di semester akhir* maka kami jarang berjumpa, malah boleh dikatakan jarang berhubung...


sebagai manusia biasa, saya tak dapat lari dari keinginan untuk berjumpa, bermesra dan bermanja dengan kekasih hati sendiri *hey...saya juga punya hati dan perasaan* tetapi akibat kekangan masa, dia dan saya, dari hari ke hari semakin jauh... jangan salah tafsir, kami masih baek, masih an item *bak kata kawan saya* again like i always mention before, saya cuma manusia biasa, terkadang terfikir untuk ~melepaskan diri~ tetapi tidak mampu kerana sayangnya saya pada dia, KUAT...*should give credit to myself*



terkadang bertanya pada diri sendiri atas sebab apa saya masih bersama dia? adakah kerana saya bersikap materialistik? *bukan mahu bangga diri,tetapi rasa saya boleh kategorikan dia sebagai seorang yang berkemampuan* adakah kerana risau tidak dapat mencari yang sebaik dirinya? adakah kerana tidak mahu menyesal sekali lagi? *untuk makluman, kami pernah bersama untuk seketika ketika awal-awal saya menjejakkan kaki ke KUIS* adakah? adakah? adakah?


saya memiliki jawapannya, saya masih bersama dia BUKAN kerana saya seorang materialistik...BUKAN kerana saya gilakan hartanya...kerana saya tidak pernah meminta dia memanjakan diri saya dengan kebendaan...kerana saya tidak pernah menyuruh dia berhabisan demi saya... habis atas sebab apa saya masih bersama dia?


SAYA SAYANGKAN DIA sejujur hati saya...SAYA KASIHKAN DIA seikhlas hati saya...DAN SAYA CINTAKAN DIA kerana ALLAH... *saya sedar saya bukan seorang hamba yang solehah*




apa yang mampu saya doakan di sini agar kasih saya pada dia, sayang saya pada dia dan cinta saya pada dia akan terus mekar *saya bukan seorang yang romantik tetapi saya masih seorang gadis yang inginkan kebahagiaan* insyaALLAH...


nota kaki: buat masa sekarang nama dia terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan umum...hehe

No comments:

Post a Comment