Thursday, February 25, 2010

Tekala Menggamit Kenangan



Buat pertama kali selepas hampir enam bulan tidak bertemu, Tekala menjadi titik pertemuan yang akan meninggalkan kenangan manis. Perjumpaan yang diadakan untuk semua bekas pelajar Diploma Komunikasi Batch 2006 telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.


Masjid Wilayah Kuala Lumpur menjadi tempat berkumpul bagi mereka yang datang dari sekitar Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam sebelum bergerak menuju ke destinasi yang dirancang.


Walaupun dengan kehadiran bekas pelajar yang tidak begitu ramai, namun, kemeriahan tetap dirasai. Tidak dinafikan ada kekurangan, tetapi ia bukan penghalang buat kami untuk berseronok pada hari tersebut.


nota kaki: kenangan terindah...

No comments:

Post a Comment