Sunday, February 28, 2010

Sang Juara


28 Feb.- Merupakan hari terakhir pertandingan PERSAK 2010. Acara yang bermula pada hari Sabtu di tasik seksyen 7, Shah Alam. Acara jalan lasak, berbasikal dan berkayak telah di jalan pada hari tersebut. Manakala pada hari Ahad, acara larian kompas telah di jalankan.


Saya bersama rakan-rakan sepasukan telah mewakili kompeni F untuk fakulti Masscom. Walaupun kalah dalam acara yang dipertandingkan, namun kami berbangga kerana kami telah dapat menyelesaikan tugasan dan disiplin yang diberikan dengan sebaiknya.


Dari pertandingan yang kami sertai ini telah memberikan kami satu semangat berkerjasama sebagai satu pasukan. Bukan hadiah yang paling utama, tetapi bagaimana kami berdepan dengan tekanan untuk menyempurnakan tugasan dalam masa yang diberikan. Bagi kami, KAMILAH JUARA...


nota kaki: masscom boleh...!!!

No comments:

Post a Comment