Monday, February 1, 2010

AGM Journalism 2010


1 Feb. - Mesyuarat pertama yang berlangsung di Dewan Kuliah 2 telah mengumpulkan hampir kesemua pelajar jurusan kewartawanan dari semester satu sehingga semester lima. Mesyuarat yang bermula tepat pukul 1 tengahari itu adalah bertujuan untuk mencari calon bagi mengisi kekosongan jawatan bagi Kelab Kewartawanan (JC).


Sebelum kekosongan jawatan diisi semula oleh calon baru, Penasihat JC, Encik Faisal Bin Mohd Piah telah secara rasminya membubar jawatankuasa JC yang terdahulu. Antara jawatan yang telah diisi semula ialah Pengerusi Kelab, Bendahari, Ajk bagi setiap semester.


nota kaki : harap jawatankuasa baru akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya...

No comments:

Post a Comment