Thursday, February 11, 2010

Cuti Oh Cuti


Bermula 12 Feb (bagi mereka yang tiada kelas pada hari Jumaat atau mungkin lebih awal dari tarikh ini) sehingga 21 Feb merupakan tarikh cuti pertengahan semester. Merupakan waktu yang dinantikan oleh hampir majoriti warga UiTM.


Keadaan di UiTM semakin lenggang menjelang petang (pada pemerhatian aku) kerana sudah ada pelajar yang telah pulang ke kampung a.k.a rumah masing-masing (termasuk kawan baikku - izan - yang telah bertolak balik ke Perlis seawal pukul 2 petang tadi).


Tetapi adakah cuti itu benar-benar boleh dipanggil cuti andainya terdapat assignment yang perlu disiapkan...? Cutikah itu...? Aku redha andai sememangnya inilah ketentuan yang perlu aku hadapi sebagai pelajar. Andai ini yang difikirkan oleh para pensyarah bahawa ini yang terbaik, akan kuhadapinya dengan tabah. Huhuhuhu...


nota kaki : apa-apa pun kepada semua kawan-kawanku, semoga menikmati cuti dengan sebaiknya...

No comments:

Post a Comment