Saturday, January 30, 2010

Kematian : Satu Keabadian


KEMATIAN


Merupakan satu perkara yang pasti akan ditempuhi setiap mahkluk yang BERNAFAS dan yang BERNYAWA di muka bumi ini.


Firman Allah swt..

"Dia yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian Dia keluarkan kamu menjadi anak-anak, kemudian kamu sampai dewasa, kemudian kamu menjadi orang tua. Dan diantara kamu ada orang yang diwafatkan sebelum itu dan supaya kamu sampai kepada ajal (waktu) yang ditentukan, mudah-mudahan kamu memikirkannya"
(Surah al-Mu'min, ayat 67)


Kematian sememangnya boleh berlaku dalam pelbagai keadaan dan keadaan. Kematian tidak mengira UMUR, tidak mengira PANGKAT, tidak mengira KETURUNAN. Kematian telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta iaitu Allah swt. Kematian telah ditetapkan oleh Allah swt sejak azali lagi.


Sebagai umat ISLAM, kita tidak seharusnya gentar menghadapi kematian kerana kita sudah diberi peringatan bahawa satu hari nanti, apabila tiba waktunya, kita akan dijemput untuk ditimbang segala amalan PAHALA dan DOSA. Kematian itu satu KEPASTIAN.


nota kaki : masih perlu tingkatkan amalan....

No comments:

Post a Comment