Friday, January 22, 2010

KUIS to UiTM



Either KUIS atau UiTM, kedua-duanya adalah tempat yang sama. Pergi ke sana dengan satu tujuan yang sama, BELAJAR. But still, ada different pada both places. Di KUIS a.k.a Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, pergaulan between girls dan boys agak terbatas tetapi di UiTM, kita bebas bergaul asalkan tidak melebihi batas adat dan agama.


Di KUIS, ilmu disuap sepenuhnya kepada semua penuntut tetapi di UiTM, perlu ada initiative demi mendapatkan yang terbaik. Paling best kalau nak compare KUIS dengan UiTM tentang bab pakaiannya. UiTM, style berpakaian tak strict sangat. BEBAS. DENIM. T-SHIRT. CARDIGAN. As long SOPAN, TAK MENYUCUK mata, like one of my lecturer said. Di KUIS, everyday BAJU KURUNG, kalau tak JUBAH. Memanglah sopan, ayu mata memandang, tetapi kalau hari-hari baju kurung, agak membosankan. No variety.


Shcedule class, dekat KUIS, paling lama class, direct 2 jam tetapi UiTM direct 3 jam. Yang best, dekat UiTM, class once a week. So either you sengaja ponteng class atau ada alasan yang logik, still you akan rugi.


Cakap bab sesat, when u're in KUIS, insyaALLAH, takkan sesat. Tetapi kalau UiTM, kena rajin bertanya atau harus memiliki ingatan yang kuat agar tidak tersesat, especially UiTM Shah Alam, the main campus.


Tapi soal parking, thumbs-up untuk KUIS sebab students boleh parking dekat dengan fakulti. Oleh kerana UiTM memiliki ramai students, yang kebanyakkannya membawa kereta menyebabkan pihak UiTM terpaksa menyediakan sebuah tempat yang dipanggil PADANG KAWAD yang jauh dari fakulti untuk students parking kereta dari situ, UiTM sudah sediakan bus yang akan pick up students dari car park ke fakulti masing-masing. Kalau ada yang rajin berjalan, fuh...confirm dalam sebulan boleh kurus (agaknyalah).


Nota kaki : yang penting nawaitu untuk cari ilmu,untuk belajar.

1 comment:

  1. tu lah kelebihan uitm...ilmu dicari, kurus yg dpt..kan unik namanya tu...

    ReplyDelete