Hidup kadang kala amat rumit untuk difahami. Amat sukar untuk dimengerti. Dugaan dan cabaran silih berganti.
Namun itu bukan alasan untuk berputus asa. Bukan alasan untuk berundur diri. Kerana hidup tanpa dugaan, tanpa halangan, tanpa cabaran hanya akan menjadikan hidup kita biasa-biasa sahaja. Dugaan itulah yang menjadikan kita kuat. Cabaran itulah yang membuatkan kita tabah. Halangan itulah yang menbentuk jati diri kita.
Percaya atau tidak, semakin banyak halangan yang kita tempuhi, semakin kita lebih menghargai kehidupan kita. Semakin besar cabaran dan dugaan kita, semakin kuat kita untuk menempuhi hari mendatang.
Tekanan yang kita hadapi hadir dalam pelbagai bentuk, pelbagai cara. Sama ada secara mental mahupun fizikal. Tapi percayalah setiap ujian yang Allah swt turunkan kepada kita adalah bersesuaian dengan kemampuan kita sebagai umat-Nya. Allah swt tidak akan menyeksa kita untuk berdepan dengan dugaan yang tidak mampu kita tanggung.
Bersyukurlah sekurang-kurangnya, kita masih mampu untuk bertemu dengan hari ini, masih boleh beramal pada hari ini dan masih berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang kita sayangi. Kita mungkin tidak sekaya orang lain, mungkin tidak sepandai orang lain, mungkin tidak sehebat orang lain, mungkin kita bukan siapa-siapa. Tetapi yakinlah bahawa setiap makhluk yang diciptakan-Nya memiliki kehebatan, keistimewaan tersendiri.
Segala yang berlaku di dunia ini, yang berlaku pada diri kita, secara sedar atau tidak, mempunyai hikmah disebalik setiap kejadian. Maka sebagai hamba-Nya, yang beragama Islam, dalam menghadapi dugaan, ujian, halangan, cabaran haruslah di tempuhi dan dihadapi dengan penuh kesabaran, dan dengan penuh istiqamah. Dan jangan pernah sekali menyalahkan takdir kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Tuesday, March 23, 2010
Hiduplah Dengan Kesyukuran
Akhirnya Ke Tali Gantung

22 Mac 2010. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Walaupun selicik mana si pembunuh membawa cerita, namun akhirnya, tetap dijatuhi hukuman gantung.
Jikalau anda ada membaca blog post saya yang bertajuk "Pengalaman Pertama" yang mengisahkan tentang pengalaman saya mendengar kes perbicaraan, maka kali ini, saya akan membuat hujah penggulungan tentang salah satu kes.
OKT, iaitu Orang Kena Tuduh, Shahrul Nizam Mohd. Shah, 38, merupakan seorang penjaga stor, cuba menutup perbuatan jenayah dengan berpura-pura dipaksa minum racun selepas teman wanitanya, Nurul Hazira Bharum, 26, yang juga penjaga stor, dikatakan melakukan perkara yang sama seminggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dua tahun lalu.
Walaubagaimanapun, kisah merpati dua sejoli cuba membunuh diri bak kisah Romeo dan Juliet itu bagaimanapun terbongkar apabila hasil bedah siasat mendapati sebenarnya Nurul Hazira mati kerana lemas akibat dicekik menggunakan sehelai tudung.
Akibat perasaan cemburu apabila mengetahui bahawa mangsa akan berkahwin dengan orang lain, tertuduh sanggup membunuh kerana tidak mahu membenarkan mangsa untuk berkahwin dengan jejaka lain. Akhirnya, tindakan tertuduh membawa padah pada diri sendiri apabila tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki, setelah mendapati pembelaan tertuduh hanya keterangan tokok tambah serta gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes tersebut.
''Tiada keterangan yang menunjukkan mangsa sebelum kejadian hendak membunuh diri dan semua saksi seperti ibu bapa, rakan sekerja dan tunang mangsa tidak menyatakan sedemikian. Kedudukan mangsa yang baring tidak konsisten dengan perbuatan minum racun sendiri," kata Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.
''Keterangan jiran tertuduh bahawa tertuduh datang ke rumahnya dan minta bantuan dengan memberitahu bahawa 'orang rumahnya' (mangsa) sudah minum racun tidak konsisten dengan dakwaan tertuduh mengenai rancangan dia dan teman wanitanya ingin membunuh diri,'' katanya.
Shahrul Nizam disabitkan atas tuduhan membunuh Nurul Hazira di rumahnya di Lot 2584-1, Batu 19, Kampung Gombak, Kuang, Rawang antara pukul 9 dan 10 pagi, 7 Oktober 2008, dijatuhkan hukaman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
nota kaki: sumber utama > UTUSAN MALAYSIA ONLINE...
Monday, March 22, 2010
Hilangnya Sifat Kemanusiaan

Isu pembuangan bayi semakin hangat diperkatakan. Tak kira di mana, tempat pembuangan sampah, tandas awam, dalam longkang, sehingga ada yang sanggup membakar bayi di dalam tong sampah.
Terbaru seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui basah kuyup dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Apa yang membezakan kisah bayi ini dengan kisah pembuangan bayi yang lain, adalah bayi ini masih lagi bernyawa dan bernafas ketika ditemui walaupun dalam keadaan yang sangat lemah.
Betapa kuatnya semangat juang seorang anak kecil untuk teruskan hidup walaupun mereka masih tidak mengetahui betapa besarnya dugaan dunia yang bakal ditempuhi nanti.
Tetapi tujuan blog ini ditulis bukan untuk menceritakan tentang cabaran dunia, sebaliknya tentang sifat manusia yang lebih "kebinatangan" berbanding binatang sendiri. Maaf andai terkasar pemilihan bahasa, namun itulah hakikat yang harus ditelan.
Kemanakah menghilangnya sifat kemanusiaan manusia itu sendiri? Kemana lesapnya nilai kemanusiaan makhluk yang bergelar manusia itu sendiri? Apakah disebabkan kemajuan yang kita hadapi membuatkan kita semakin lupa tentang pentingnya sifat dan nilai kemanusiaan itu? Adakah bayi yang dikandung selama hampir sembilan bulan itu tidak mempunyai nilai dan harga sehingga boleh dibuang sesuka hati? Fikirkanlah...
nota kaki: moga akan wujud kesedaran di hati mereka yang bertopengkan syaitan ini..
Movie Review

Filem ini secara asasnya merupakan satu filem yang boleh diklasifikasikan sebagai sebuah filem seram dan turut menguji keberanian mental seseorang. Berdasarkan tajuk, pasti ramai audien termasuk saya yang mengandaikan bahawa filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang anak angkat dalam membiasakan diri untuk hidup bersama keluarga angkatnya.
Permulaan cerita arahan Jaume Collet-Serra agak membosankan yang mana ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang berkeinginan sebuah keluarga, Kate dan John, untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka dengan mengambil seorang anak angkat. Tapi pada pertengahan cerita, persepsi yang muncul pada permulaan cerita ini berubah apabila jalan ceritanya semakin menarik dan mula menonjolkan aksi-aksi suspen yang tidak keterlaluan tetapi masih mampu membuatkan penonton tidak senang duduk dan terkejut.
Umumnya watak utama cerita ini adalah Esther, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun yang tinggal di rumah anak yatim. Nasib dia berubah apabila dia diambil menjadi anak angkat kepada Kate dan John, yang tidak mengetahui disebalik rupa Esther yang seperti bidadari tersimpan satu identiti rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa walaupun mereka yang berkerja dirumah anak yatim terbabit.
Apabila Kate menyedari ada sesuatu yang kena pada Esther, dia cuba untuk memberitahu kepada John, suaminya tetapi apa yang disampaikan Kate, tidak dipercayai suaminya. Anak-anak kepada Kate dan John, iaitu Danial dan Max, turut di ugut oleh Esther untuk tidak merahsiakan apa yang telah dilakukan oleh dia. Malah Danial telah dibunuh oleh Esther ketika dia cuba untuk membongkar rahsia Esther.
Klimaks cerita ini adalah apabila Esther cuba menggoda ayah angkatnya, John tetapi John tidak melayannya sebaliknya memarahi Esther. Akibat kecewa, Esther telah bertukar kepada personaliti dirinya yang sebenar, iaitu seorang wanita yang berusia 33 tahun, Leena Klammer, yang mempunyai masalah tumbesaran badan yang menyebabkan dia kelihatan seperti kanak-kanak. Lebih membahayakan keadaan adalah kerana Esther merupakan salah seorang pesakit mental yang psiko yang amat berbahaya.
Filem ini patut ditontoni oleh mereka yang gemarkan filem yang berunsurkan suspen dan seram yang tidak keterlaluan. Walaupun terdapat babak-babak yang mungkin tidak sepatutnya ada, namun, secara keseluruhannya, tidak rugi untuk menonton filem ini.
nota kaki: masih terbayang kekejaman Esther...
Tuesday, March 16, 2010
Masih Gelabah
16 Mac. Pertama kali membuat ucapan di hadapan rakan-rakan sekelas. Gelabah. Takut. Risau. Semua ada. Bercampur baur.
Sebelum sampai giliran, timbul rasa yakin untuk buat yang terbaik, tetapi hampir tiba giliran, rasa gelabah mula timbul. Keadaan itu makin menjadi-jadi apabila melihat rakan yang membuat ucapan lebih awal melakukan dengan sangat baik.
Akui kelemahan diri yang mudah gelabah walaupun sudah mencuba untuk mengurangkan sifat itu. Berpuas hati dengan markah yang diperolehi kerana sedar akan kesilapan diri. Walau apapun, tetap bersyukur.
nota kaki: akan cuba yang terbaik di lain masa...
Monday, March 15, 2010
Pengalaman Pertama
12 Mac merupakan hari yang tidak mungkin dilupakan. Pada hari tersebut merupakan julung-julung kalinya memijak kaki ke makhamah. Bukan sekadar berlegar-legar di sana tetapi turut sama mendengar perbicaraan kes yang sedang berlangsung.
Pada hari tersebut, bersama dengan tiga orang rakan yang lain, kami telah mendengar dua kes perbicaraan berkaitan dengan pembunuhan di Makhamah Tinggi Jenayah.
Salah satu kes yang kami dengar adalah kes yang berkaitan dengan pembunuhan seorang pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani, yang telah mendapat liputan dari akhbar tempatan. Manakala kes yang kedua adalah berkaitan dengan pembunuhan yang berkemungkinan besar disebabkan rasa cemburu. Kedua-dua kes masih lagi dalam perbicaraan dan sedang menunggu keputusan akhir dari hakim.
Walau apa pun, pengalaman berdepan dengan penjenayah (orang yang dituduh) adalah saat yang tidak dapat dilupakan apatah lagi apabila ditenung oleh mereka.
nota kaki: perlu keberanian untuk cover story berkaitan dengan jenayah...
Friday, March 5, 2010
Tolerance: To Be Or Not To Be...
A few days ago, I had attend one talk about "Toleransi Melayu" that been held at Hotel UiTM. There are a lot of issues that has been discussed. From the topic about the tolerance of Malay people to the topic about 1 Malaysia.
I don’t want to talk about what had been said during that day, but I just wondering if the tolerance attitude still exist now in every person heart.
What did I understood from the word tolerance? As far as I know, it means “give and take” or in Bahasa means “bertolak-ansur".
Have we been tolerance enough to others? Our family..? Friends..? People around us..? Or we have been too tolerance that has allowed people to make use of us? Think wisely.
Nota kaki: there is limit for us to be tolerance person...