Monday, March 22, 2010

Movie Review



Filem ini secara asasnya merupakan satu filem yang boleh diklasifikasikan sebagai sebuah filem seram dan turut menguji keberanian mental seseorang. Berdasarkan tajuk, pasti ramai audien termasuk saya yang mengandaikan bahawa filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang anak angkat dalam membiasakan diri untuk hidup bersama keluarga angkatnya.


Permulaan cerita arahan Jaume Collet-Serra agak membosankan yang mana ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang berkeinginan sebuah keluarga, Kate dan John, untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka dengan mengambil seorang anak angkat. Tapi pada pertengahan cerita, persepsi yang muncul pada permulaan cerita ini berubah apabila jalan ceritanya semakin menarik dan mula menonjolkan aksi-aksi suspen yang tidak keterlaluan tetapi masih mampu membuatkan penonton tidak senang duduk dan terkejut.


Umumnya watak utama cerita ini adalah Esther, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun yang tinggal di rumah anak yatim. Nasib dia berubah apabila dia diambil menjadi anak angkat kepada Kate dan John, yang tidak mengetahui disebalik rupa Esther yang seperti bidadari tersimpan satu identiti rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa walaupun mereka yang berkerja dirumah anak yatim terbabit.


Apabila Kate menyedari ada sesuatu yang kena pada Esther, dia cuba untuk memberitahu kepada John, suaminya tetapi apa yang disampaikan Kate, tidak dipercayai suaminya. Anak-anak kepada Kate dan John, iaitu Danial dan Max, turut di ugut oleh Esther untuk tidak merahsiakan apa yang telah dilakukan oleh dia. Malah Danial telah dibunuh oleh Esther ketika dia cuba untuk membongkar rahsia Esther.


Klimaks cerita ini adalah apabila Esther cuba menggoda ayah angkatnya, John tetapi John tidak melayannya sebaliknya memarahi Esther. Akibat kecewa, Esther telah bertukar kepada personaliti dirinya yang sebenar, iaitu seorang wanita yang berusia 33 tahun, Leena Klammer, yang mempunyai masalah tumbesaran badan yang menyebabkan dia kelihatan seperti kanak-kanak. Lebih membahayakan keadaan adalah kerana Esther merupakan salah seorang pesakit mental yang psiko yang amat berbahaya.


Filem ini patut ditontoni oleh mereka yang gemarkan filem yang berunsurkan suspen dan seram yang tidak keterlaluan. Walaupun terdapat babak-babak yang mungkin tidak sepatutnya ada, namun, secara keseluruhannya, tidak rugi untuk menonton filem ini.


nota kaki: masih terbayang kekejaman Esther...

No comments:

Post a Comment