Monday, March 29, 2010

Detik Semakin Hampir


Tik tok tik tok... Masa berlalu pantas. Detik yang menggerunkan semakin hampir. FINAL EXAM akan tiba tidak lama lagi. Sedangkan assignment masih bertimbun. Adakah diriku sudah bersedia?


Jujur. Buat pertama kali untuk menghadapi peperiksaan akhir di UiTM agak menakutkan. Sememangnya diriku mempunyai pengalaman untuk berdepan dengan peperiksaan akhir sewaktu menuntut di KUIS. Namun oleh kerana berbeza kaedah dan car pembelajaran, maka sedikit sebanyak timbul rasa khuatir dan risau di dalam diri.


Walau apa pun yang terjadi, tetap harus memberikan yang terbaik. Untuk masa depan sendiri. Biar permulaan yang pertama memberikan hasil yang terbaik. Perlu kuatkan fizikal dan mental untuk menghadapi saat-saat genting. Tidak boleh berputus asa sebelum mencuba. Tidak boleh mengalah sebelum berjuang.


nota kaki: mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan seperjuangan...

No comments:

Post a Comment