Thursday, March 25, 2010

Halalkah...?



Berbicara tentang soal makan, ia bukan satu perkara yang rumit jika kita berada di Malaysia berbanding negara lain. Kita pasti dapat menikmati makanan yang kita ingini dengan mudah tanpa perlu bersusah payah.


Tapi itu dulu. Sekarang situasinya agak berbeza. Di mana, walaupun kita berada di Malaysia, kita tetap perlu berhati-hati bila berbicara tentang soal makanan. Bukan kerana kepayahan untuk mendapatkannya. Bukan kerana kesukaran untuk mencarinya. Tetapi kemusykilan tentang status halalnya.


Walaupun terpamer besar logo halal di mana-mana restoran, kedai makan ataupun apa-apa sahaja barang makanan yang ingin kita makan, kita perlu terlebih dahulu memastikan bahawa status halalnya adalah benar-benar halal dan tidak mendatangkan keraguan pada kita.


Berita tentang satu restoran yang mempamerkan logo halal tetapi malangnya mereka yang bekerja di sana bukan beragama Islam, bahkan yang beragama Islam pun tidak tahu mengucap dua kalimah Syahadah amat menggemparkan kita. Sedangkan restoran yang terpamer tanda halal pun belum tentu halal, apatah lagi kalau yang tidak.


Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, setiap kali kita ingin membeli makanan di restoran, kedai makan, perkara pertama yang perlu dititik beratkan adalah persoalan, "adakah makanan itu halal". Kalau ingin membeli produk makanan yang dijual di kedai runcit, pasaraya ataupun di mana-mana sahaja, perhatikan logo dan bahan yang di gunakan dalam penghasilan produk tersebut. Kaedah lain, kita boleh layari laman sesawang www.halal.gov.my.


nota kaki: risau setiap kali ingin membeli makanan...

No comments:

Post a Comment