Wednesday, March 24, 2010

Keduanya Sama


Antara persahabatan dan percintaan, yang mana lebih penting...? Jika ditanya soalan itu pada orang ramai, pastinya setiap individu yang ditanya mempunyai pandangan dan jawapan yang berbeza.


Bagi sesetengah individu, tanpa hubungan percintaan, kehidupan masih dapat dijalani dengan gembira dengan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama. Kehidupan bujang adalah lebih senang untuk dilalui tanpa perlu memikirkan tentang insan yang bergelar kekasih.


Namun, berbeza pula dengan sesetengah yang lain, yang mana amat mendambakan kehadiran sang pencinta merasakan hidup belum cukup sempurna tanpa kekasih. Kerana kedudukan kekasih adalah lebih dekat berbanding sahabat.


Tidak kiralah apa pun pendapat yang diutarakan, secara umumnya, kedua perhubungan tersebut mempunyai kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza namun kehadiran keduanya sangat penting pada seseorang.


Maka, sama ada kita memilih untuk mempunyai kekasih ataupun memilih untuk bujang, kehidupan sebagai seorang insan tetap perlu diteruskan. Tidak mempunyai kekasih tidak bermakna hidup kita tidak lengkap, dan mempunyai kekasih bukan beerti kita mempunyai lesen untuk melakukan sesuatu diluar batasan kehidupan lebih-lebih lagi sebagai umat Islam.


nota kaki: jaga diri hiasi peribadi...

No comments:

Post a Comment