Thursday, March 25, 2010

Rindukan Belaiannya


Hidup sebagai perantau, jauh dari keluarga, memang amat memilukan. Lebih-lebih lagi kalau kita mempunyai hubungan rapat sesama ahli keluarga terutamanya, dengan ibu bapa.


Saya sendiri amat rapat dengan ibu bapa saya kerana selain saya merupakan anak bongsu dalam keluarga, bilangan adik-beradik yang seramai tiga orang sahaja membuatkan saya turut rapat dengan kakak dan abang saya.


Bukan tidak biasa hidup berjauhan dengan keluarga, kerana ketika melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dahulu pun telah hidup berjauhan dengan keluarga yang ketika itu baru berpindah ke Kedah sebaik sahaja lepas sebulan saya mendaftarkan diri belajar di KUIS.


Mujur hidup di hostel bersama sahabat-sahabat bilik, sedikit sebanyak mampu mengurangkan kerinduan yang selalu hadir dalam diri. Kini masih sama seperti dahulu, hidup berjauhan dengan keluarga, bergelar perantauan dalam mengejar ilmu demi mencapai cita-cita dan impian untuk membalas kembali jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa.


Semoga diri dan juga sahabat-sahabat yang lain, yang turut merasakan hidup sebagai perantauan, akan terus kuat, tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan dan ujian. Semoga kita semua akan berjaya.


nota kaki: kerinduan bertambah mendengarkan lagu nyanyian Aris Ariwatan, 1234...

No comments:

Post a Comment